View: 349|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
4 'superman' dicekup
[Copy link]
|
|

PENUNGGANG motosikal yang ditahan ketika Op Samseng Jalanan. FOTO ihsan Polis
Bayan Lepas: Empat penunggang motosikal ditahan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Pantai Seagate di sini, hari ini kerana menunggang motosikal secara berbahaya.
Mereka ditahan ketika Op Samseng Jalanan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 16 hingga 19 tahun.
Katanya, penahanan dilakukan selepas mendapati sekumpulan penunggang motosikal berkenaan menunggang dengan laju dan membongkokkan badan seperti aksi Superman.
"Mereka juga menunggang motosikal dengan aksi 'zig-zag' yang berbahaya," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, mereka ditahan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan direman selama tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan.
"Sepanjang operasi yang dijalankan antara 12 tengah malam hingga 7 pagi itu, sebanyak tujuh motosikal disita dan 28 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... /4-superman-dicekup |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|