CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 383|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lelaki Bangladesh maut dibunuh rakan senegara

[Copy link]
Post time 22-8-2022 05:20 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki Bangladesh maut dibunuh rakan senegara

Zuhainy Zulkiffli
[email protected]




Lelaki warganegara Bangladesh ditemukan meninggal dunia dipercayai dibunuh rakan senegara di astaka berhampiran Bukit Gedung, di sini. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI




Bayan Lepas: Lelaki warganegara Bangladesh ditemukan meninggal dunia dipercayai dibunuh rakan senegara dalam satu pergaduhan berhampiran astaka Bukit Gedung, di sini, malam tadi.

Difahamkan dalam kejadian itu, mangsa yang juga seorang tukang cuci berusia 32, ditemukan maut di kawasan parkir berhampiran astaka makanan berkenaan, kira-kira lima meter dari lokasi mereka dilaporkan bergaduh.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, terdahulu pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai pergaduhan itu kira-kira jam 11 malam.

Katanya, sebaik polis tiba di lokasi, mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring dan mengalami kecederaan akibat tikaman di badan serta disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

"Susulan kejadian itu, polis menahan empat lelaki warga Bangladesh berusia antara 31 hingga 45 tahun.

" Kesemua mereka bekerja sebagai tukang cuci, pekerja kedai runcit, operator kilang dan buruh binaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut Kamarul Rizal berkata, kesemua suspek direman selama tujuh hari sehingga 28 Ogos ini bagi membantu siasatan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, " katanya lagi.

Sementara itu, peniaga makanan di astaka berhampiran Flat Bukit Gedung, Bayan Baru di sini berkata, terdahulu dia didatangi seorang lelaki meminta membantu rakannya mengalami kecederaan.

Peniaga yang dikenali sebagai Abdul Rahim itu berkata, lelaki dipercayai warganegara Bangladesh itu menemuinya kira-kira jam 10.45 malam.

"Ketika itu saya sedang memasukkan barangan ke dalam kereta sebelum lelaki berkenaan meminta bantuan supaya menelefon ambulans bagi menyelamatkan rakannya.

"Saya lihat mangsa berlumuran darah dan kira-kira 10 minit kemudian, dia tidak lagi bergerak.

" Saya dapat tahu bahawa dia disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian," katanya.


Disiarkan pada: Ogos 22, 2022 @ 4:24pm





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.071455 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list