CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 919|Reply: 2

[Sabah] Tidak wajar keluarkan kenyataan negatif terhadap kaum lain

[Copy link]
Post time 23-8-2022 01:08 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Kenyataan Presiden PAS yang mendakwa golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera dikatakan kumpulan majoriti penerima rasuah adalah tidak wajar.

Ketua Pergerakan Pemuda Pusat Parti Liberal Demokratik (LDP) Jimmy Lai berkata, sebagai ketua, pemimpin terbabit tidak seharusnya sering mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman dan mampu menjejaskan keharmonian.

Katanya, kenyataan seumpamanya seolah-olah mahu cuba mengalihkan perhatian skandal rasuah yang berlaku dalam isu kapal Littoral Combat Ship (LCS).
  
Menurutnya, sekiranya benar dakwaan itu, pemimpin berkenaan seharusnya membuat laporan polis agar siasatan dapat dilakukan kepada semua mereka yang rasuah, termasuk pegawai dalam kerajaan, pemimpin parti dan ramai lagi dalam negara ini.

"Sekiranya beliau tidak mempunyai bukti, maka kenyataan itu dilihat sebagai menjejaskan keharmonian kaum dalam negara ini.

"Negara tidak perlu mempunyai pemimpin seumpamanya dalam Kabinet yang akhirnya menjadi 'duri dalam daging' memecahkan kesatuan masyarakat Malaysia," katanya.

Beliau menyeru Perdana Menteri untuk melihat perkara seumpamanya dengan serius seterusnya membangunkan Malaysia dengan imej positif.


https://www.utusanborneo.com.my/2022/08/23/tidak-wajar-keluarkan-kenyataan-negatif-terhadap-kaum-lain

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2022 04:39 PM | Show all posts
ini biasa
nak menangkan parti sendiri
terpaksa memburukkan parti lain
tah betul ke tak
termasuklah parti bulan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 06:27 AM | Show all posts
mdhelmi replied at 29-9-2022 04:39 PM
ini biasa
nak menangkan parti sendiri
terpaksa memburukkan parti lain
dan dah jadi kebiasaan ...
arini kutuk kaw2 ... esok kawan balik


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.535802 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list