CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 710|Reply: 0

[Sarawak] Pelajar di Sibu putih mata hilang lebih RM15,000

[Copy link]
Post time 24-8-2022 09:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 24-8-2022 01:24 PM



SIBU: Seorang penuntut lelaki dari universiti tempatan berusia 21 tahun di bandar ini kerugian lebih RM15,000 kerana menjadi mangsa sindiket tawaran kerja dalam talian.

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili, mangsa  sebelum itu tertarik dengan iklan kerja kosong menerusi Instagram.

Katanya dalam satu kenyataan hari ini, mangsa berurusan dengan seorang suspek perempuan berbangsa Cina menerusi telefon yang memintanya supaya membeli beberapa barangan termasuk jam tangan dan penyaman udara secara dalam talian daripada ejen.

“Mangsa diberitahu dia perlu menjual semula barangan itu serta djanjikan komisen sebanyak 0.6 peratus untuk setiap jualan menyebabkan mangsa bersetuju dengan tawaran berkenaan,” katanya lagi.

Katanya, pelajar itu telah membuat pembayaran melalui tujuh transaksi ke tiga akaun bank melibatkan jumlah keseluruhan berjumlah RM15,612 namun suspek berterusan meminta pelajar itu membuat bayaran tambahan.

“Mangsa menyedari ditipu selepas tidak menerima komisen yang dijanjikan walaupun setelah tujuh kali membuat urus niaga,”kata Zulkipli lagi.


https://sarawakvoice.com/2022/08/24/pelajar-di-sibu-putih-mata-hilang-lebih-rm15000/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.042143 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list