CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 620|Reply: 0

[Sabah] Masih wujud undang-undang bias terhadap wanita

[Copy link]
Post time 24-8-2022 09:38 PM | Show all posts |Read mode


CHRISTINA

KOTA KINABALU: Prinsip kesaksamaan gender di Malaysia sememangnya dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan, bagaimanapun tidak dinafikan masih wujud perundangan yang bersifat diskriminasi terhadap wanita dalam negara ini.

Mantan Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata, dalam isu kesaksamaan gender, Malaysia meratifikasi Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) pada 1995.

Katanya, Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan juga telah dipinda pada Julai 2001 bagi menghalang diskriminasi gender. Dengan itu, berdasarkan undang-undang, tiada lagi tindakan diskriminasi gender terhadap warganegara Malaysia.

Christina yang juga Ahli Parlimen Tawau berkata demikian merujuk kepada undang-undang kerakyatan yang tidak membenarkan ibu dan bapa menikmati hak sama rata dalam negara ini.

Beliau berkata, sementara Pelembagaan Persekutuan memberikan hak kepada lelaki membenarkan anaknya yang lahir di luar negara untuk mendaftar mendapatkan kerakyatan negara ini, sebaliknya undang-undang yang sama tidak memihak kepada wanita yang berkahwin kepada rakyat asing.

Pada 5 Ogos 2022, Mahkamah Rayuan negara ini tidak membenarkan kanak-kanak yang lahir di luar negara (ibu warganegara) untuk mendapatkan status kerakyatan Malaysia.

Bagaimanapun, pada 9 September 2021, Mahkamah Tinggi negara ini pula mengiktiraf bahawa kanak-kanak tersebut layak mendapat kerakyatan negara ini.

Oleh yang demikian, sempena dengan Hari Wanita 2022, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api itu turut menzahirkan rasa kecewa bersama-sama dengan semua wanita dalam negara ini terhadap sifat berat sebelah gender dalam negara ini, walaupun kesaksamaan perkara ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Ramai dalam kalangan wanita masih menunggu permohonan status kerakyatan anak mereka yang lahir di luar negara sejak 2018.

"Saya menyeru kepada ibu-ibu yang terjejas dalam perkara ini di Malaysia khususnya Sabah agar tidak berputus asa dan teruskan perjuangan dengan bersuara agar pembaharuan undang-undang dalam isu ini tercapai," katanya.

Christina juga menggalakkan aktivis wanita serta kumpulan yang mempunyai kepentingan bersama dalam negara ini untuk terus berkempen bagi mendapatkan hak kesaksamaan warganegara.

Katanya, usaha itu selari denga tema Hari Wanita Sedunia 2022 iaitu 'Break The Bias'.


https://www.utusanborneo.com.my/2022/08/24/masih-wujud-undang-undang-bias-terhadap-wanita

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:38 PM GMT+8 , Processed in 1.139176 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list