CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 402|Reply: 0

[Kelantan] 500 penduduk takut ancaman gajah liar

[Copy link]
Post time 28-8-2022 12:25 PM | Show all posts |Read mode

Salamah menunjukan pokok pisang di kebunnya yang dirosakkan gajah liar di Kampung Pulau Setelu, Gua Musang. - NSTP/PAYA LINDA YAHYA

GUA MUSANG: Lebih 500 penduduk Kampung Pulau Setelu, dekat sini, kini dalam ketakutan, termasuk untuk ke kebun angkara gajah liar yang dilihat menceroboh petempatan itu dan dipercayai merosakkan lebih 100 pokok pisang dan sawit ditanam mereka.

Ada penduduk mendakwa melihat kelibat haiwan liar itu memasuki kampung sekitar jam 12 tengah malam, sebelum menemui kesan tapak kakinya keesokan hari.

Penduduk, Salamah Hamad, 55, berkata kehadiran gajah liar itu yang turut memasuki kawasan kampung membuatkan lebih 500 penduduk ketakutan dan lebih berhati-hati.

Katanya, pada hari kejadian Jumaat lalu, hampir 100 pokok pisang dan kelapa sawit yang ditanam di kebun berdekatan rumah mereka telah dirosakkan gajah itu yang mencari makanan.


"Kejadian disedari keesokan paginya apabila anak jiran memberitahu ada gajah di luar rumahnya ketika penduduk nyenyak tidur. Gajah mungkin masuk kampung untuk cari makanan.

"Kami rasa itu adalah gajah sama yang masuk ke kebun penduduk Kampung Kuala Tol, lima hari lalu," katanya ketika ditemui, hari ini.



Kesan tapak kaki gajah ditemui di kawasan Kampung Pulau Setelu, Gua Musang. - NSTP/PAYA LINDA YAHYA

Seorang lagi penduduk, Mulim Ahmad, 56, berkata sejak kejadian itu, lebih 32 pekebun yang mengusahakan tanaman seperti getah, sawit, pisang dan buah-buahan, kini takut ke kebun.

"Sejak kejadian tengah malam Jumaat itu, kami takut untuk ke kebun sendiri, bimbang tersempak gajah terbabit. Sebelum ini, hanya babi hutan jadi ancaman kepada tanaman, tidak pernah diganggu haiwan liar lain seperti gajah.

"Saya juga terkejut selepas melihat lebih 30 pokok sawit yang baru ditanam enam bulan lalu rosak," katanya memaklumkan mereka sudah melaporkan kejadian itu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Katanya, penduduk berharap gajah yang masih bebas berkeliaran itu dapat ditangkap dan dipindahkan ke habitat yang lebih sesuai.
https://www.bharian.com.my/berit ... -ancaman-gajah-liar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.157618 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list