CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 429|Reply: 0

[Kelantan] Peniaga online menyamar ‘Tengku’ didakwa tipu wang RM201,000

[Copy link]
Post time 30-8-2022 04:43 PM | Show all posts |Read mode

MAZLAN Ahmad (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Pasir Mas , Kelantan hari ini.-UTUSAN/ROHANA ISMAIL



PASIR MAS:  Seorang peniaga dalam talian didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas 10 pertuduhan menipu wang milik seorang lelaki sebanyak RM201,000 selepas menyamar sebagai kerabat diraja bergelar ‘Tengku’ di Gual Tinggi, Rantau Panjang di sini, tahun lalu.

Tertuduh, Mazlan Ahmad,29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-10, tertuduh didakwa memperdaya Syed Syarif Syed Ahmad, 23, dengan menyamar sebagai Tengku Dani Shah.

Perbuatan itu dilakukan oleh Mazlan bagi mendorong mangsa memasukkan wang sebanyak RM201,000 ke dalam dua akaun bank milik Mohd. Razalan Ishak, 36, untuk diserahkan kepadanya.

Kesalahan tersebut dilakukan olehnya di Kampung Gual Tinggi, Rantau Panjang di sini bermula 31 Mei hingga 2 September tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 7 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Akmal Mohd. Bakri manakala tertuduh diwakili peguam, Wan Mohd. Ikram Wan Ibrahim.

Terdahulu, Nur Akmal menawarkan ikat jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin untuk 10 pertuduhan yang dihadapi Mazlan kerana bimbang tertuduh melarikan diri jika jaminan ditetapkan rendah.

Wan Mohd. Ikram dalam rayuannya memohon jaminan yang paling rendah kerana anak guamnya hanya memperoleh berpendapatan bulanan kira-kira RM1,500 selain masih menyara kedua-dua ibu bapa.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM25,000 untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin selain menetapkan 28 September untuk sebutan semula kes.

Tertuduh tidak membayar jaminan yang ditetapkan oleh mahkamah.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki mengalami kerugian sejumlah barang kemas milik ibunya yang bernilai RM370,000 dan wang sebanyak RM201,000 untuk membuktikan kasih sayang dan cinta terhadap pasangan sejenisnya yang mendakwa sebagai seorang kerabat istana.

Suspek turut mengugut mangsa berusia 20-an yang bekerja sebagai peniaga dalam talian untuk menyebarkan gambar bogelnya jika tidak melunaskan permintaan itu.

Mangsa yang terpedaya dengan janji suspek kononnya akan memulangkan kembali barangan kemas itu telah membuat dua kalli penghantaran iaitu pada 31 Mei menggunakan perkhidmatan teksi diikuti 2 Jun lalu dengan e-hailing kepada pembantu peribadi ‘Tengku’ yang berada di Kota Bharu.

Sepanjang tempoh perkenalan mereka, mangsa turut membuat beberapa pindahan wang berjumlah RM201,000 ke dua akaun bank milik individu pihak ketiga atas alasan sama malah dia juga dijanjikan hadiah sebuah kenderaan trak pikap. –UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... tipu-wang-rm201000/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.043811 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list