CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 440|Reply: 0

[Terengganu] Tiga mangsa kemalangan di laut tahun ini belum ditemui

[Copy link]
Post time 8-9-2022 04:46 PM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU: Tiga individu yang dilaporkan hilang akibat kemalangan di laut sejak Januari lalu di perairan negeri ini, belum ditemui sehingga hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli, berkata melalui operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang pernah dikendalikan pihaknya, 44 individu dilaporkan hilang di perairan negeri ini sejak Januari lalu.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 32 individu selamat dan sembilan ditemukan meninggal dunia manakala tiga masih belum ditemui.

"Kejadian dilaporkan berlaku disebabkan tiga kes jatuh laut, kecemasan di laut (lima), lemas (dua), bot karam (tiga), bot rosak (tiga) dan satu kes medivec," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Mengulas lanjut, Muhammad Suffi, berkata jumlah individu yang dilaporkan terbabit dalam kemalangan di laut tahun lalu adalah sebanyak 24 kes.

"Daripada jumlah itu hanya satu individu belum ditemui manakala 23 ditemui selamat," katanya.

Mengulas persiapan Maritim Malaysia menghadapi monsun timur laut, Muhammad Suffi, berkata Jabatan Meterologi Malaysia (Met Malaysia) melaporkan monsun timur laut dijangka berlaku pertengahan November depan.

Berdasarkan laporan itu, katanya, kemungkinan banjir besar dijangka melanda di negeri ini.

Justeru itu, katanya Maritim meminta komuniti laut memberi penekanan kepada aspek keselamatan, terutama ketika menjalankan aktiviti di laut.

"Pemakaian jaket keselamatan perlu diberi keutamaan oleh pengunjung ketika melakukan riadah di laut.

"Kalangan nelayan diminta menggunakan peralatan Suar Lovatoe Peribadi (PLB) bagi memudahkan usaha pengesanan posisi kecemasan dilakukan," katanya.

Muhammad Suffi berkata, peralatan PLB lebih murah jika dibandingkan dengan harga gajet atau telefon bimbit, tetapi ia amat berfaedah kepada golongan nelayan dan pemancing untuk tujuan kecemasan.
https://www.bharian.com.my/berit ... n-ini-belum-ditemui
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.046322 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list