CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 328|Reply: 0

[Pulau Pinang] Rezeki Honey dan Daniel

[Copy link]
Post time 11-9-2022 12:36 PM | Show all posts |Read mode

HONEY dan Daniel (tengah) diraikan pada majlis perkahwinan di Surau Sutera Prima. FOTO Nur Izzati Mohamad

Butterworth: Sepasang suami isteri teruja apabila majlis perkahwinan mereka yang diadakan di Surau Sutera Prima, Seberang Jaya, di sini diraikan dalam keadaan cukup manis dengan kehadiran masyarakat berbilang kaum.

Lebih mengujakan, majlis itu turut mendapat sokongan daripada rakyat luar negara antaranya Amerika Syarikat (AS) dan Jerman yang menetap di kawasan berdekatan apabila ada antara mereka yang menjadi pengacara majlis serta jurugambar bagi meraikan mempelai.

Honey Ng, 37, dan Daniel Chew, 35, yang mendirikan rumah tangga dua bulan lalu gembira melihat suasana perkahwinan mereka yang sangat muhibah apabila dihadiri pelbagai bangsa, kaum dan agama.


Menurut Honey, dibesarkan dalam keluarga Cina yang memeluk Islam memberikan kelebihan kepadanya kerana dapat menikmati suasana seumpama ini.

"Ditambah pula, suami saya (Daniel) juga baharu memeluk Islam tahun ini (sebelum mereka berdua berkahwin). Ini adalah pengalaman manis buat kami berdua.

"Walaupun majlis ini diadakan serba ringkas tetapi kami berterima kasih kepada pihak pengurusan surau yang bertungkus-lumus menjayakannya," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Menurutnya, dia mengenali suaminya ketika mereka bekerja di sebuah kilang tekstil di Perai, sejak 10 tahun lalu sebelum masing-masing terputus hubungan.

"Namun, siapa sangka bila ia dinamakan jodoh, kami dipertemukan semula awal tahun ini yang lebih manis suami saya terbuka memeluk Islam, lalu kami berdua mengambil keputusan mendirikan rumah tangga.

"Kami berdua mendalami ilmu Islam di sebuah pusat Interaktif Dakwah dan Tarbiyah (IDT) di Permatang Pauh. Dari situ kami mengenali ramai rakan-rakan muallaf hingga membawa kami kepada komuniti di sini yang sangat baik apabila mahu meraikan perkahwinan kami," katanya.

Bagi Daniel, dia masih lagi belajar secara perlahan-lahan untuk mendalami Islam dengan bantuan isterinya.

"Isteri banyak membantu saya dalam hal ini (mendalami agama) yang kami berdua akan belajar sama-sama untuk menjadi Muslim seperti yang dituntut dalam agama," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kariah Surau Sutera Prima, Khairul Anuar Ishak berkata, pihaknya sering menganjurkan program yang membabitkan komuniti pelbagai kaum sebagai salah satu usaha dakwah dan mahu mengubah persepsi rakyat luar terhadap Islam.

"Ini bukan program pertama yang kita lakukan membabitkan pembabitan masyarakat selain Muslim kerana dalam kawasan kita ini dikelilingi rakyat berbilang kaum, bahkan ada juga rakyat luar dari Malaysia yang tinggal dekat sini.

"Di kesempatan itu, kita mengadakan program seumpama ini kerana inilah salah satu cara kita berdakwah dan nak mengubah persepsi orang luar terhadap Islam dengan keharmonian yang kita tonjolkan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ki-honey-dan-daniel

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.097255 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list