View: 405|Reply: 0
|
[Kelantan]
Kerajaan siap sedia hadapi Monsun Timur Laut
[Copy link]
|
|
KOTA BHARU: Kerajaan akan melakukan persediaan lebih rapi dan bersiap sedia bagi menghadapi fasa peralihan Monsun Timur Laut yang dijangka bermula pertengahan November ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, berkata Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Nasional yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob esok yang turut disertai wakil negeri-negeri bagi membincangkan cadangan serta persediaan awal menghadapi bencana itu.
Pada masa sama katanya, pihaknya juga sedang menambah jumlah aset dan logistik bagi agensi keselamatan sebagai persediaan awal menangani bencana dan isu kecemasan.
"Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) akan menerima maklumat mengenai bencana yang berlaku di setiap negeri dan ia kemudiannya akan menyalurkannya kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk tindakan lanjut.
"Selain itu, kita juga mempunyai lebih 50,000 sukarelawan di peringkat komuniti yang sudah dilatih untuk menghadapi segala kemungkinan bencana dan kecemasan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Pejabat Negeri Pertahanan Awam Kelantan di Mukim Kota, dekat Tunjong, di sini, hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (kanan) menandatangani plak perasmian Pecah Tanah Projek Pembinaan Pejabat Negeri Pertahanan Awam Kelantan di Mukim Kota, Tunjong, hari ini. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Media sebelum ini melaporkan, MetMalaysia meramalkan negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan.
Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu, dengan risiko berlaku hujan lebat berterusan serta banjir berskala besar.
Mengulas lanjut, Abd Latiff turut menasihatkan rakyat dan netizen supaya tidak menularkan atau berkongsi gambar mahupun video lama kejadian banjir besar ketika musim tengkujuh sehingga menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat.
"Saya berharap mereka dapat memeriksa kesahihan video atau gambar yang tersebar di media sosial sebelum berkongsi dengan orang lain.
Aktiviti orang awam berjalan seperti biasa di Terminal Penumpang South Port, Pelabuhan Klang berikutan paras air laut mencatatkan ketinggian 5.4 meter sekitar jam 6.42 pagi berikutan fenomena air pasang besar dan Monsun Timur Laut yang dijangka berlaku mulai September hingga Disember ini. - NSTP/Faiz Anuar
"Orang boleh menyemak kesahihan maklumat yang diterima mereka menerusi media sosial rasmi pihak berwajib yang sentiasa berusaha memuat naik maklumat yang tepat dan secara 'real time' (masa sebenar)," katanya.
Dalam perkembangan lain, Abd Latiff berkata, di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) kerajaan meluluskan RM50 juta untuk pembinaan Pejabat Negeri Pertahanan Awam Kelantan bagi keselesaan dan suasana kerja yang lebih kondusif kepada agensi berkenaan.
"Pembinaan bangunan baharu ini mengambil masa tiga tahun dan amat berharap ia dapat meningkatkan produktiviti kerja serta mutu penyampaian perkhidmatan Pertahanan Awam kepada masyarakat setempat," katanya.
Keadaan limpahan air di sekitar Terminal Penumpang South Port, Pelabuhan Klang terkawal pada paras 5.4 meter sekitar jam 6.42 pagi tadi berikutan fenomena air pasang besar dan Monsun Timur Laut yang dijangka mulai September hingga Disember ini. - NSTP/Faiz Anuar
https://www.bharian.com.my/berit ... i-monsun-timur-laut |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|