CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 288|Reply: 0

[Kelantan] Harga merudum, kebun getah mula terbiar, sunyi

[Copy link]
Post time 13-9-2022 04:26 PM | Show all posts |Read mode

Mustafa Mamat, 56, masih menoreh walaupun harga getah sekerap merudum. - NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

RANTAU PANJANG: Pekebun getah menyifatkan kejatuhan harga getah sekerap sehingga RM2.40 sekilogram (kg) sejak beberapa bulan lalu sebagai penyusutan paling rendah dalam tempoh 20 tahun.

Disebabkan itu, banyak kebun getah kini terbiar apabila kebanyakan pekebun tidak lagi menoreh getah dan terpaksa mencari pekerjaan lain bagi menampung kehidupan.

Malah, mereka mendakwa kebun getah lebih 400 hektar di beberapa kampung di sini yang sebelum ini mempunyai lebih 300 pekebun, kini hanya dikerjakan oleh beberapa pekebun.

Mustafa Mamat, 56, dari Kampung Telaga Emas, di sini, berkata paras harga getah kini begitu teruk sehingga tidak mampu untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.

"Saya mengusahakan kebun getah seluas 0.4 hektar sejak 20 tahun lalu dan kali ini kejatuhan harga getah sekerap paling rendah iaitu RM2.40kg. Dengan keluasan kebun getah ini, saya hanya mampu memperoleh pendapatan RM500 sebulan.

"Bayangkan jika pekebun menoreh sistem pawah, mereka hanya mampu dapat RM250 sebulan. Sejak beberapa bulan lalu, kebun getah di kawasan ini mula terbiar, sunyi kerana hasil menoreh tidak mampu untuk menampung kehidupan," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Penduduk, Ewin Chanuan, 62, dari Kampung Kok Pauh, berkata dia yang menoreh getah selama 30 tahun mengambil keputusan bertukar kepada sayur sejak tahun lalu disebabkan harga getah semakin jatuh.

"Saya mempunyai kebun getah seluas 0.4 hektar, namun ditinggalkan begitu sahaja. Bukan tak sayang, namun pendapatan tak setimpal, ibarat dapat letih semata-mata.

"Untuk meneruskan kehidupan, saya menanam sayur-sayuran dan berharap kerajaan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani masalah kejatuhan harga getah," katanya.

Penduduk, Mat Yeh Yusuff, 59, Kampung Kubang Rambutan, berkata kerajaan perlu mengawal harga getah dengan memberi subsidi atau menetapkan harga lantai supaya pekebun tidak terhimpit setiap kali berlaku kejatuhan harga komoditi itu.

"Sekiranya keadaan ini berterusan, kebun getah selepas ini akan bertukar menjadi hutan kerana tidak ada lagi penduduk yang menoreh getah.

"Melihat keadaan sekarang pun kebun getah sudah sunyi, apatah lagi jika keadaan ini berterusan dan pekebun juga semakin terhimpit lebih-lebih lagi ekonomi yang semakin mencabar," katanya.

Semalam, media melaporkan, kerajaan sedang menimbangkan inisiatif khas untuk membantu 500,000 pekebun kecil getah seluruh negara yang bergelut akibat kejatuhan harga komoditi itu, ketika ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, dilaporkan berkata, dua cadangan yang dikemukakan adalah menetapkan harga lantai getah sekerap kepada lebih RM3 sekilogram atau memanjangkan tempoh bantuan musim tengkujuh kepada enam bulan.
https://www.bharian.com.my/berit ... -mula-terbiar-sunyi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.166820 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list