CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 352|Reply: 0

[Kelantan] Klinik rawatan estetik tanpa lesen makin bercambah di Kelantan

[Copy link]
Post time 14-9-2022 02:41 PM | Show all posts |Read mode

DR Siti Fatimah Noor (dua dari kiri) memberi penerangan kepada pelajar sekolah mengenai Kempen Keselamatan Kosmetik. FOTO Siti Rohana Idris

Tumpat: Kebanjiran klinik dan premis kecantikan yang menawarkan perkhidmatan perubatan estetik tanpa lesen serta tidak bertauliah di negeri ini semakin membimbangkan.

Pakar bedah plastik dan rekonstruktif, Unit Sains Rekonstruktif, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Siti Fatimah Noor Mat Johar berkata, faktor permintaan yang tinggi menyebabkan puluhan premis dikesan wujud di negeri ini dengan menyediakan pelbagai jenis rawatan kecantikan pada harga murah.

Beliau berkata, antara jenis rawatan yang dijalankan dan paling mendapat permintaan ialah 'filler', suntikan vitamin C, botox, rawatan menghilangkan kedut atau jeragat serta sulam bedak.


"Klinik, spa dan pusat kecantikan yang menyediakan perkhidmatan tanpa lesen sebegini semakin berleluasa dan ia wujud disebabkan permintaan yang tinggi.

"Rawatan itu dilakukan oleh mereka yang hanya belajar di Thailand, China dan Korea dalam masa beberapa bulan sebelum memperoleh sijil dan balik semula ke sini untuk praktik tanpa kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dr Siti Fatimah Noor berkata, banyak komplikasi boleh terjadi hasil daripada rawatan kecantikan yang tidak mengikut prosedur sah sama ada mampu diselamatkan atau mangsa mengalami kecacatan kekal.

Katanya, pihaknya turut menerima banyak kes kritikal yang menyebabkan mereka terpaksa melakukan pembedahan plastik untuk menyelamatkan anggota wajah yang mengalami kerosakan namun mengakui ia satu cabaran bagi mereka untuk menjadikan 'kecacatan' itu seakan normal.

"Kesan sampingannya bergantung kepada jenis komplikasi iaitu ada yang masih boleh disembuhkan dan ada bersifat kecacatan kekal.

"Sebenarnya banyak kes sebegini berlaku tapi tidak dilaporkan kepada pihak KKM sekali gus menyukarkan premis yang menjalankan rawatan tanpa lesen itu dikesan dan diambil tindakan malah kami juga difahamkan bahawa pengguna yang mengalami komplikasi akan kembali ke premis berkenaan dan menerima ganti rugi menyebabkan kes ditutup," katanya.

Terdahulu beliau hadir di sebuah sekolah di sini bagi menjayakan Kempen Keselamatan Kosmetik 'Beautiful With Safe Cosmetic' yang dianjurkan syarikat kesihatan dan kecantikan, Beauty Kaseh, di sini.

Pengasas Beauty Kaseh, Mohd Faizul Rohban Ahmad berkata, penganjuran kempen kesedaran itu menyasarkan golongan muda kerana dilihat mudah terpengaruh dengan bahan kosmetik yang banyak mengandungi bahan kimia.

"Faktor harga yang murah dan mudah didapati menjadikan remaja terdedah kepada produk yang mengandungi banyak bahan kimia terutama produk timbang kilo.

"Kempen ini memberi pendedahan kepada mereka agar meneliti terlebih dulu kandungan produk yang ingin dibeli dan mendapat kelulusan dari KKM," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rcambah-di-kelantan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.047038 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list