CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 517|Reply: 0

[Sarawak] Yayasan Sarawak buka peluang alternatif kepada Unit Pengambilan Universiti

[Copy link]
Post time 15-9-2022 12:24 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Yayasan Sarawak memberikan peluang alternatif buat anak negeri itu melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi, yang boleh dimanfaatkan terutamanya bagi mereka yang tidak mendapat tempat menerusi Unit Pengambilan Universiti (UPU).
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri menerusi Yayasan Sarawak memiliki lima universiti di negeri ini yang boleh memberi tempat kepada anak Sarawak untuk melanjutkan pelajaran.

Ia terdiri daripada Swinburne University di Kuching, Curtin University di Miri, University Of Technology Sarawak (UTS) di Sibu selain Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) serta Kolej Universiti i-CATS.

“Ini bermakna peluang anak kita agak cerah. Jika dulu kalau nak masuk universiti kita perlu memohon melalui UPU, tetapi kadang-kadang tidak dapat tempat atau jurusan yang diberi itu tidak kita minati.

“..tetapi sekarang di bawah universiti yang dipunyai kerajaan Sarawak kita tidak lagi hanya bergantung pada UPU,” katanya semasa berucap pada Majlis Anugerah Khas Premier Sarawak ke-30 di sini, hari ini.


Abang Johari pada Majlis Anugerah Khas Premier Sarawak ke 30 di Kuching, hari ini. Turut hadir Timbalan Premier Prof Dr Sim Kui Hian (kiri). - Gambar BERNAMA

Diperkenalkan pada tahun 1992, anugerah itu memberi pengiktirafan pada pihak sekolah, warga pendidik dan juga murid yang cemerlang dalam usaha meningkatkan standard pendidikan dan pembangunan modal insan di Sarawak.

Seramai 58 penerima diraikan pada hari ini.

Sementara itu Abang Johari berkata Yayasan Sarawak memainkan peranan penting dalam membuka peluang pendidikan kepada anak Sarawak sejak penubuhannya pada 1971.

“Yayasan Sarawak sudah berjaya melahirkan anak-anak kita yang mempunyai ilmu, malah ramai antara mereka telah berjaya dan menjadi pemimpin negeri ini,” katanya. - BERNAMA


https://www.utusanborneo.com.my/2022/09/14/yayasan-sarawak-buka-peluang-alternatif-kepada-unit-pengambilan-universiti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.045689 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list