CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 353|Reply: 0

[Kelantan] Kanak-kanak perempuan dicabul bapa saudara

[Copy link]
Post time 15-9-2022 05:07 PM | Show all posts |Read mode
Tanah Merah: Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dipercayai menjadi mangsa cabul oleh bapa saudaranya di sebuah kampung di Bendang Nyior, di sini, Isnin lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Mohd Razi Rosli berkata, seorang wanita dipercayai saudara kanak-kanak berkenaan membuat laporan polis berhubung kejadian pada 11.08 malam kelmarin.

Menurutnya, hasil soal siasat, mangsa mendakwa suspek melakukan seks oral ketika dia sedang tidur pada 12 September lalu.


"Pihak kami kemudian mengambil tindakan pantas dengan menahan suspek berusia 34 tahun pada hari sama selepas laporan diterima.

"Berdasarkan semakan, suspek tiada kesalahan lampau. Saringan ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah dan kini direman sehingga 20 September depan bagi membantu siasatan.

"Manakala, kanak-kanak terbabit dibawa ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk pemeriksaan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, berdasarkan laporan, mangsa adalah anak tunggal yang sebelum ini dijaga oleh neneknya selepas kedua-dua ibu bapanya bercerai.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... icabul-bapa-saudara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.046459 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list