CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 489|Reply: 0

[Sarawak] Pelajar, golongan muda Sarawak dinasihati kuasai jurusan baharu

[Copy link]
Post time 16-9-2022 01:57 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Generasi muda dan pelajar di negeri ini diharap berusaha untuk menguasai  jurusan baharu  dalam ilmu ekonomi termasuk teknologi digital, biokimia, sains bahan dan ekonomi baharu.

Menurut Premier Sarawak, hal ini kerana Sarawak menjurus ke arah ekonomi baharu yang berteraskan ilmu terkini.

“Ini adalah disiplin yang sangat dikehendaki kerana masa depan kita berdepan deengan perubahan iklim,” kata Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Khas Premier Sarawak 2022 Ke-30 anjuran yayasan Sarawak di sini pada Rabu.

Abang Johari berkata, langkah Kerajaan Sarawak mengambil alih lima pusat pengajian tinggi di negeri ini adalah untuk menyediakan peluang kepada para pelajar melatih jurusan baharu yang sesuai dengan kehendak semasa dan masa depan.

“Sebab itu sebagai ibu bapa, anda hendaklah menggalakkan anak-anak belajar jurusan baharu untuk menggerakkan ekonomi negeri,” tegasnya.

“Mudah-mudahan hasrat kita untuk melahirkan pelajar yang mempunyai ilmu pendidikan tinggi menjadi kenyataan,” katanya lagi.

“Usaha ini akan menjayakan aspirasi negeri,” katanya sambil menambah, Sarawak akan menjadi negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030 dengan mempunyai pelajar yang bijak pandai.


https://sarawakvoice.com/2022/09/15/pelajar-golongan-muda-sarawak-dinasihati-kuasai-jurusan-baharu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.060012 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list