CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 522|Reply: 0

[Sarawak] Bintulu teruja rai Hari Malaysia, 5000 tetamu dijangka hadir

[Copy link]
Post time 16-9-2022 01:59 PM | Show all posts |Read mode


BINTULU: Meskipun bukan acara sebenar, sesi raptai penuh bagi sambutan Hari Malaysia 2022 yang diadakan di tapak Lapangan Terbang Lama di sini memperlihatkan sambutan penuh warna-warni dan menyemarakkan semangat cintakan tanah air.

Persembahan kebudayaan yang menjadi sebahagian pengisian sambutan tersebut menampilkan kekayaan budaya dan warisan penduduk Bintulu yang merangkumi etnik Iban, Orang Ulu, Melanau, Cina, Melayu, Bidayuh, Kadayan dan Vaie.

Menurut laporan Bernama, sambutan tersebut yang bermula pada 7.30 malam 16 Sept ini, bakal diserikan lagi dengan persembahan artis tempatan seperti Datuk M. Nasir, Andi Bernadee, Ramles Walter, Florence Lo, Claudia Geres, Safar Ghafar, Sazia Selir dan Max Kueh.

Seperti kebiasaan, acara rasmi sambutan adalah upacara menaikkan Jalur Gemilang selain pertunjukan bunga api sebagai penutup.

Turut hadir meninjau persiapan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak yang juga menteri bertanggungjawab bagi sambutan perayaan tersebut Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.

Bintulu menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia peringkat Negeri Sarawak pada tahun ini dan dianggarkan seramai 5,000 jemputan akan memeriahkan acara itu.

Tetamu kehormat terdiri daripada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Raghad Kurdi Taib dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Puan Sri Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Orang ramai juga boleh menyaksikan sambutan itu menerusi siaran langsung di TVS saluran 122 Astro dan myFreeview serta di Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) serta saluran Youtube UKAS.


https://sarawakvoice.com/2022/09/15/bintulu-teruja-rai-hari-malaysia-5000-tetamu-dijangka-hadir/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.055480 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list