CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 592|Reply: 0

[Sarawak] Data sistematik mampu bantu Kerajaan Sarawak

[Copy link]
Post time 16-9-2022 02:00 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kaedah pengumpulan dan penyaluran data yang tepat serta sistematik mampu membantu kerajaan untuk merancang pelaksanaan dasar bagi mengatasi isu yang mungkin akan timbul pada masa hadapan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penggunaan aplikasi digital untuk mengumpul data membolehkan data tersebut digunakan untuk membuat persiapan apa yang mungkin berlaku di masa depan seperti meramal lokasi bencana alam seterusnya mengurangkan implikasi dan kemusnahan.

“Inilah apa yang saya sebut sebagai pendekatan untuk kita mengurangkan risiko daripada apa yang berlaku di satu-satu tempat,’ kata Abang Johari pada sidang media selepas melancarkan Transcend Sarawak 2022 di Tegas Digital Village di sini seperti dilapor TVS

Menurut Abang Johari, pengumpulan data melibatkan perkara yang mungkin berlaku di masa hadapan seperti lokasi yang diramal berhadapan dengan bencana banjir akan membantu kerajaan mencari kaedah penyelesaian kepada masalah tersebut.

“Data yang disebutkan tadi akan dianalisis di peringkat pusat kawalan operasi kita dan sudah tentu mereka akan dapat memberikan cadangan kepada kerajaan apa-apa yang harus kita lakukan supaya jalan penyelesaian dan persiapan dapat kita beri kepada apa-apa yang akan berlaku,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa inisiatif Kerajaan Sarawak menerusi pengumpulan data menggunakan aplikasi digital ketika pengurusan pandemik COVID-19 dua tahun lepas turut diiktiraf oleh beberapa badan antarabangsa termasuk universiti Salford dari United Kingdom.

“Sebenarnya data ini lah yang penting bagi kita memberikan keputusan dan juga dasar bagi kita menghadapi bebanan yang ditimpa oleh rakyat termasuk dari sudut pendapatan, risiko perniagaan dan juga beberapa perkara yang lain,” katanya.


https://sarawakvoice.com/2022/09/15/data-sistematik-mampu-bantu-kerajaan-sarawak/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.501533 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list