View: 424|Reply: 0
|
[Kelantan]
Reman suami ejen jualan kosmetik disambung 3 hari
[Copy link]
|
|
Kota Bharu: Reman terhadap suami ejen jualan kosmetik yang dilarikan sekumpulan lelaki pada petang Selasa lalu disambung tiga hari bermula hari ini.
Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, permohonan sambung reman terhadap lelaki berusia 36 tahun itu bersama dua lagi tangkapan termasuk seorang wanita membolehkan siasatan lanjut dilakukan.
"Sebelum ini semua suspek ditahan pada Rabu lalu selama empat hari berakhir hari ini dan reman disambung lagi tiga hari berkuat kuasa hari ini sehingga 20 September.
"Setakat ini tiada tangkapan baru dibuat dan semua yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen Seksyen 3(1) Akta Culik 1961," katanya.
Sebelum ini akhbar melaporkan perselisihan di antara ahli sindiket dadah dipercayai punca utama seorang wanita yang juga ejen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim, 36, dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, petang Selasa lalu.
Siasatan awal pihak polis mendapati suami kepada mangsa terbabit dalam aktiviti penyeludupan dadah dan dikatakan mangsa dilarikan ke negara jiran.
Kelmarin polis Thailand membuat serbuan di sebuah rumah di pinggir Sungai Golok dipercayai tempat persembunyian suspek namun tiada mana-mana individu dalam rumah terbabit.
TIGA individu disambung reman di Mahkamah Majistret membabitkan kes ejen jualan kosmetik dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Wakaf Bharu. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bung-3-hari-metrotv |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|