CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 425|Reply: 0

[Pahang] Pahang perluas pasar tani pintar

[Copy link]
Post time 18-9-2022 03:46 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA pengunjung dan peniaga di pasar tani UTC di Kuantan. FOTO Bernama

Kuantan: Pasar Tani Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) menjadi lokasi pertama di negara ini menggunakan konsep lestari dan pintar, akan diperluaskan ke seluruh Pahang secara berperingkat.

Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang Datuk Abd Rahim Muda berkata langkah itu antara lain sebagai usaha memelihara alam sekitar apabila peniaga digalakkan menggunakan pembungkus mudah urai dan mengamalkan konsep kitar semula.

Selain tunai, menurut beliau pasar tani pintar itu juga menawarkan pembayaran menerusi aplikasi Kod QR dan e-dompet sekali gus mendedahkan peserta dengan perniagaan digital.

"Pasar tani UTC ini juga tidak lagi menggunakan generator untuk bekalan elektrik sebaliknya menggunakan solar yang dilihat dapat mengurangkan pencemaran bunyi. Selain pasar tani, kita akan cadangkan supaya pasar malam juga melaksanakan inisiatif lestari dan pintar ini.


"Saya akan adakan mesyuarat bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) pada minggu depan dan cadangan ini akan dimaklumkan kepada PBT, dengan itu kita menjangkakan tahun depan lebih banyak pasar tani dan pasar malam mengamalkan konsep sebegini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pasar Tani Lestari Pintar, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Fama Pahang Saiful Safri berkata kira-kira 240 peserta pasar tani UTC yang beroperasi pada setiap Ahad bermula pukul 7 pagi hingga 1 tengah hari itu menawarkan bayaran tanpa tunai kepada pelanggan mereka.

"Inisiatif itu akan dikembangkan kepada lebih 20 pasar tani di negeri ini kelak dan kami berharap program lestari dan pintar yang dimulakan di sini menjadi contoh serta ikutan kepada pasar tani di negeri lain," katanya.

Dalam pada itu, Fama dalam kenyataan memaklumkan nilai jualan pasar tani membabitkan 1,200 peserta di Pahang sehingga Ogos merekodkan RM8 juta sekali gus menghampiri sasaran tahun ini iaitu RM10 juta.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... s-pasar-tani-pintar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.366650 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list