View: 504|Reply: 0
|
[Kelantan]
Tekad ibu tunggal demi tiga anak
[Copy link]
|
|
HAYATI mewakili anaknya menerima bantuan anak yatim pada Program Penyerahan Bantuan dan Sumbangan Kelolaan Pusat Khidmat ADUN Galas. FOTO Paya Linda Yahya
Gua Musang: Sejak kematian suaminya lima tahun lalu, Hayati Yahya menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan membesarkan tiga anak sendirian.
Dengan hasil kedai makan yang diusahakan, wanita berusia 39 tahun itu mengurus keluarga dan memastikan anaknya berusia antara lapan dan 20 tahun mendapat pendidikan sewajarnya, meskipun hidup mereka sekadar cukup makan pakai.
Dia yang tinggal bersama ibunya di Projek Perumahan Masyarakat Setempat (PPMS) Tanah Putih, di sini turut menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan.
"Ini (kedai makan) ikhtiar dan usaha saya untuk menyara keluarga kecil kami.
"Dengan modal permulaan RM250 saya mulakan perniagaan kedai makan ini hingga ada pelanggan tetap dan mampu sara keluarga," katanya yang ditemui pada Program Penyerahan Bantuan dan Sumbangan Kelolaan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas.
Menurutnya, dia bersyukur nasib ibu tunggal sepertinya sentiasa mendapat perhatian dan kebajikan anaknya terbela.
Terdahulu, Adun Galas Mohd Syahbuddin Hashim berkata, seramai lebih 1,000 penerima memperoleh bantuan yang diharap dapat meringankan beban mereka yang memerlukan.
"Kami turut bekerjasama dengan Agrobank dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui Bantuan Caruman Minimum Kasih Suri KWSP dan Pelan Takaful Mabrur-i Agrobank," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ggal-demi-tiga-anak |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|