CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akeefz

PENGALAMAN SERAM RUMAH KAT JOHOR BAHRU

[Copy link]
Post time 1-7-2011 02:52 PM | Show all posts
Salam sahabat semaya... sorry dinda bz.. xdpt nak up date citer kt umah akeefz ni sekerap yang boleh.... kesian kt kawan2 yang tertunggu-tunggu sambungan dinda...

actually harini dinda bz nak siapkan report, semalam dinda sempat masuk just buat lintas langsung, terbaca lak komen kawan2 yang menunggu.. isk..isk... simpati buat yang menunggu... maaf yer....

okeh dinda cubala luangkan sedikit masa yer.... menyambung kisah yang tergantung..

sambungan:

setelah selesai upacara sesi mengubat malam itu, semua adik beradik mak dinda berbincang, tentang siapa yang boleh mengofferkan diri untuk masuk bilik tu esok malam.. untuk menghantar lipatan kain putih beserta bunga raya dan sebilah gunting... nak suruh mak long dinda, takleh sebab dia tu ada penyakit, kencing mansi, darah tinggi, lemah jantung dan segala bagai.. takut  nanti klu benda tu "menyerang' dia nanti kang bahaya lak... pok teh tak mahu... mak busu pun tak mahu.. pak ngah jauh sekali... mak dinda... lagi takleh sebab time tu mak dinda tengh mengandungkan adik yang no 5.. jauh beb jarak adik no 5 dgn umur yg no 1-4...

Lepas tolak menolak... last2 ayah dinda la yg offer diri.. dia kata klu dah semua orang tak mahu dan takut nak buat, biar dia jerlah yang buat. sebenarnya klu ikutkan kena waris arwah nenek sendiri yang buat... tapi dah dorang taknak.. kenala terima pilihan yang ada...

petang tu lepas jer balik sekolah kuarga dinda pun siap2 nak balik kampung, on the way balik kampung tu suasan senyap sunyi dalam keter.. sesekali mak kata risau psl mlm nanti ayah dinda yg nak kena jadi HERO... ehehe.. kitorang 4 beradik kt blakang diam jer la.... tak tahu nak kata apa cuma berdoa semoga tak berlaku perkara yag buruk..

okeh.. sampai sudah kat kampung, sumer dah berkumpul, lepas jer isya' org yang mengubat tu pun datang... mcm biasalah dia buat perabun dan tempat bara... masa tu dinda tengok arwah nenek berjaga, tapi mulut dia cuba bercakap, tapi kitorang tak faham apa cakap dia, arwah nenek tiba-tiba menangis tengok org yang mengubat tu.. arwah nenek bercakap tapi kitorang tak faham sebab dia bercakap sambil menangis, mcm budak umur 2 tahun tu... meronta2 cuba nak bangun.. sambil jari tunjuk2 kt org yang mengubat tu.. kemudian dinda tengok dia tenyeh lada hitam kt ibu jari kaki nenek dinda, nenk dinda makin kuat menjerit dengan meronta..

Untuk makluman, tekan ibu jari kaki dengan lada hitam ni org tu( orang lain yang mengubatkan, bukan bomoh yg ada ni)  kata untuk buatkan makhluk halus dalam badan ni lari... dinda sendiri dulu masa sakit pernah gak kena tenyeh dengan lada hitam kt ibu jari kaki... tapi betul beb.. sakittttttt.... mcm nak meraung nak menjerit... rasa nak menyumpah maki hamun kt org yg buat tu dulu... masa kena tu dinda sampai merayu mintak tolong supaya jangan tekan, tapi org tu tekan makin kuat.. sampai dinda leh jerit ckp "SAKITLA BODOH.. KAU NAK SURUH AKU MATI KER" dinda tak rasa pun dinda kena sampuk syaitan atau iblis... tapi dia leh kata.. "HAAA.. YANG MENJERIT NI BUKAN DIA,TAPI MAKHLUK DALAM BADAN DIA YANG MENJERIT SAKIT" boleh gitu??? masa tu meronta2 mintak lepas, tapi mak ayah dah pegang time tu... dalam hati kata tok bomoh ni kalau aku dapat tenyeh lada hitam ni balik kat dia memang aku tenyeh cukup2.... :@ ... okeh menyimpang lak... back to story yer...

Masa arwah nenek ni dah menangis2 mengongoi, makin lama makin senyap, agaknyer penat kot... org yang mengubatkan tu pun amik la kain putih yang dah lipat jadik 4 persegi.. (actually ada lagi upacara yang dia buat, tp time tu dinda on and off tengok, sebab dok borak dengan main2 dengan sepupu sepapat.. maklumlah dak kecik lagi time tu)

jadi lepas dia buat something pada kain tu, dia masukkan gunting dan bunga raya dalam lipatan tu, tibalah masanya ayah dinda masuk bilik tu... dengan di temani oleh pak itam setakat sampai depan pintu jer, ayah dinda pun masukla dalam bilik tu... letakkan kain putih yang dah berlipat tu di penjuru dalam bilk, pahtu kuar balik.. org mengubat tu kata kena biarkan seminggu baru datang mai kutip balik kain tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2011 03:12 PM | Show all posts
malam tu kitorang pun balik la...... lambat balik mlm tu dlm kol 1 lebih rasanya.. balik2 mata memang mengantuk sgt, tp akak dinda ni ajak tidor bilik dia, sebab dia takut katanya... jadi dinda pun mai la tidor bilik dia, malam tu kitorang tidor 4 orang sebilik.. sib baik bilik besar...  dinda malam tu tidor la dengan lenanya sebab penat bali sekolah terus balik kampung... malam itu dengan  tak disangka dan diduga, kami 4 beradik diganggu..

masa tgh tidor tu, dinda dengar suara org menangis, sambil sebut2 nama dinda.. didna dengar tapi tak bukak mata lagi.... kes mengantuk plus mamai.... dinda dengar suara tu panggil "Ni... bangun Ni.... Ni bangun.. tolong Ni.. ada benda nak masuk tu... Ni bangun.. takut Ni.. Ni bangun.." (NI <--nama manja kat umah eheheh..)

Disebalik panggilan suara tu dinda memang dengar bunyik pintu bilik dinda bergegar kuat, mcm ada benda merempuh berkali2 cuba masuk.. dan tombol pintu bilik tu di pulas-pulas  oleh sesorang nak bukak pintu, tapi mcm takleh masuk... pintu bilik dinda memang tak lock pun... tapi bunyik tu kuar sampai dinda pun bukak mata... rupanya suara yang memanggil tu suara kakak dinda yang menangis atas katil dia sambil mencangkung atas katil bertiga dengan kakak dan adik dinda yg lain, dinda tidor atas tilam kt bawah.. dinda tanya dia "kenapa kak yu?" pahtu kakak dinda cakap ada benda nak masuk tuu.. dia tunjuk kt pintu bilik... memang jelas kedengaran benda tu merempuh2 pintu bilik kitorang.. dinda pun start rasa takut dah... nak bukak pintu memang tak berani... didna pun tertunggu2 gak apa benda yang merempuh pintu tu dan apa yang bakal masuk.... dinda nk pi panggil mak ayah mcm ner nak panggil, nak kuar pun xberani...

tombol pintu bergerak2...  bergegar2... sekali dinda dapat satu idea, dinda beranikan diri pi capai telefon kat dalam bilik, setiap bilik tidor ayah dinda memang pasang telefon (masa tu tak guna hp lagik) ayah dinda ni dulu kejer dengan syarikat telekomunikasi, jadi dia pasang telefon setiap satu bilik, kalau gagang telefon bilik dinda diangkat, telefon dekat bilik ayah dinda akan berbunyik "keting!" dinda angkat dan letak telefon tu banyak kali... angkat! letak! angkat! letak! angkat! letak! dengan harapan ayah dinda akan bangun dengar bunyik "Keting!" kejap tu dengar suara ayah dinda angkat telefon.. ayah cakap "kenapa.. ada apa?" dinda terus cakap.. "ayah datang bilik cepat.. ada benda nak masuk dekat depan pintu bilik.." terus dinda letak gagang telefon.. serentak jer dinda letak gagang telefon tu.. bunyik  yang menggegarkan pintu bilik kitorang  tu pun senyap... tak berbunyik..."...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 03:16 PM | Show all posts
hadoooo.. nak menaip yg sikit tu pun dah amik masa dekat 30 minit.... nak sambung buat kejer dulu yer.. nak submit report ni..... sorry nanti sambung balik yer...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2011 10:48 PM | Show all posts
Aduihhhh...seramnya adinda!!! Akak yg baca ni pun dapat merasai keseraman waktu tu...mcm nak gugur jantung.... Teruskan ye adinda...

akeefz...sambung laa jugak. Seronok baca kisah2 kuarters akeefz tu...seram bangat!
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 08:32 PM | Show all posts
salam semua
best crita TT n fren
sila smbug crita cik Ni ...& TT oiii xdak crita kaa he3
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 11:27 PM | Show all posts
argh.....potong stim eden
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2011 11:31 PM | Show all posts
TT.Sila sambung lagi ceritanya yerk??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2011 09:13 AM | Show all posts
coming soon yek hehe....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2011 11:52 AM | Show all posts
sambung lagi!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 05:26 PM | Show all posts
lagi dinda.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 11:55 PM | Show all posts
calling for akeefz and dinda.....
biler nk sambung cite korang ni.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2011 02:08 AM | Show all posts
Post Last Edit by akeefz at 20-4-2012 14:21

-berpindah umah baru-
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 03:34 AM | Show all posts
hoho ada hupdate!
ikan keli afrika kot size mmg bagak,lihat dibawah


ker bosa nih?wow{:1_126:}..x muat balang oi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2011 06:24 AM | Show all posts
amboi... bosa botul hehehe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2012 07:40 PM | Show all posts
-berpindah umah baru-
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.932298 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list