CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 406|Reply: 0

[Kelantan] Kes denggi di Kelantan meningkat

[Copy link]
Post time 26-9-2022 05:19 PM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Kes denggi di Kelantan meningkat sebanyak 337.7 peratus dalam tempoh Januari hingga kelmarin dengan jumlah 696 kes berbanding 159 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin berkata, peningkatan itu disebabkan jumlah wabak yang turut meningkat iaitu sebanyak 39 wabak yang direkodkan sehingga 24 September lalu berbanding bagi tempoh yang sama tahun lalu adalah lapan wabak sahaja.

"Daripada 39 wabak yang dilaporkan, 29 wabak sudah tamat tempoh, manakala 10 wabak lagi masih aktif.


"Bagi membendung penularan, aktiviti kawalan dan pencegahan dijalankan untuk semua kes serta wabak denggi yang dilaporkan di semua lokaliti bagi memutuskan rangkaian jangkitan.

"Aktiviti kawalan vektor yang membabitkan pemeriksaan premis, semburan kabus, penghapusan tempat pembiakan dan pendidikan kesihatan dijalankan untuk setiap kes atau wabak," katanya menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.

Dr Zaini berkata, aktiviti pencegahan juga dipertingkatkan di lokaliti berisiko di negeri ini dan sehingga 24 September, sejumlah 182,335 premis diperiksa dan 1,437 kompaun dengan nilai lebih RM700,000 dikeluarkan mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 (Akta 154).

"Bagi membendung penyakit demam denggi daripada terus merebak dan mengancam kesihatan penduduk, seluruh lapisan masyarakat perlu bersama-sama bertanggungjawab membersihkan kawasan persekitaran serta mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

"Selain itu, masyarakat diseru supaya mendapat rawatan segera di fasiliti kesihatan sekiranya mengalami tanda seperti demam, sakit sendi, sakit kepala, ruam dan sebagainya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kelantan-meningkat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.350432 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list