CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 358|Reply: 0

[Terengganu] Tiga lelaki berdepan tuduhan bunuh kenalan sendiri

[Copy link]
Post time 28-9-2022 04:56 PM | Show all posts |Read mode
Marang: Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh kenalan mereka lapan tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Jamil Ahmad, 37; Mohd Salman Mohd Shor, 37 dan Mohd Azizi Mat, 36, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bersama-sama dengan seorang yang masih bebas melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Mohd Faherus Rahmat yang ketika kejadian berusia 32 tahun.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di halaman sebuah rumah di daerah Marang antara jam 1 pagi hingga 12.35 tengah hari pada 11 November 2014.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama berdepan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan sebelum mahkamah menetapkan 2 November depan bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Othman Ibrahim manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketika ini, dua tertuduh iaitu Mohd Jamil dan Mohd Azizi menjalani hukuman penjara membabitkan kes dadah manakala Mohd Salman pula berada di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nuh-kenalan-sendiri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.162068 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list