CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 358|Reply: 0

[Kelantan] Warga emas ‘sebak’ terima rumah baharu

[Copy link]
Post time 29-9-2022 04:18 PM | Show all posts |Read mode

AHMAD Yakob (kanan) menyerahkan replika kunci rumah Dhuafat kepada Rahimah Salleh di Kampung Kutan Tengah, Tumpat, Kelantan. - FOTO/ROHANA ISMAIL



TUMPAT: Seorang warga emas dari Kampung Kutan Tengah di sini, tidak dapat menahan sebak apabila penantian selama lima tahun untuk memiliki sebuah rumah yang selesa menjadi kenyataan apabila impian itu direalisasikan oleh kerajaan negeri.

Rahimah  Salleh, 71, berkata, selain faktor usia, kesempitan hidup yang dialaminya turut ‘meranapkan’ impiannya untuk hidup selesa sebelum permohonan mendapatkan Rumah Dhuafat diluluskan oleh pihak kerajaan.

Menurutnya, dia bersyukur dan menyifatkan rumah baharu itu sebagai satu anugerah yang tidak terhitung nilainya dalam menghabiskan sisa-sisa hidup dengan lebih selesa.

“Sekarang ini tidak perlu bimbang lagi rantai reput, bumbung bocor kerana rumah baharu ini cukup sempurna untuk saya diami bersama dua anak dan menantu serta enam cucu.

“Rumah ini lengkap tiga buah bilik dan tandas yang selesa. Saya berterima kasih kepada kerajaan negeri yang meluluskan permohonan untuk mendapatkan bantuan rumah ini yang dibuat sejak lima tahun lalu melalui pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan,” katanya.

Rahimah berkata demikian kepada pemberita selepas program Penyerahan Rumah Dhuafat DUN Pasir Pekan di Kampung Kutan Tengah di sini hari ini yang sempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pekan.

Rahimah yang merupakan ibu tunggal memberitahu, rumah tersebut mula dibina pada bulan puasa tahun lepas dan siap sepenuhnya penghujung bulan Ogos lalu.

Katanya, sejak kematian suami 16 tahun lalu, dia telah membesarkan anak-anak dengan pendapatan sebagai pekerja kantin sekolah.

Sementara itu, Ahmad berkata, sepanjang tempoh enam tahun bermula 2017 hingga 2022, sebanyak 733 buah rumah Dhuafat telah dibina oleh kerajaan negeri.

Katanya, sepanjang tempoh tersebut sebanyak RM31.3 juta telah diperuntukan oleh kerajaan dalam membantu membina rumah berkenaan yang membabitkan kos RM55,000 setiap unit. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... erima-rumah-baharu/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.047567 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list