CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 419|Reply: 0

[Negeri Sembilan] RM1.27 bilion projek kesihatan diluluskan di NS dalam RMK-12

[Copy link]
Post time 1-10-2022 05:18 PM | Show all posts |Read mode

Khairy (dua dari kanan) melawat pameran selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Hospis dan Rawatan Paliatif Sedunia Peringkat Kebangsaan 2022, di Hospital Rembau, hari ini. NSTP/ Mohd Amin Jalil.

SEREMBAN: Sebanyak 17 projek pembangunan fasiliti kesihatan diluluskan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk Negeri Sembilan menerusi Rolling Plan (RP) 2 Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dengan kos keseluruhan RM1.274 bilion.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata ia membabitkan 11 projek sambungan daripada RMK-11 dengan kos RM682 juta dan RM592 juta lagi untuk enam projek baharu termasuk pembinaan klinik kesihatan di kawasan luar bandar.

Beliau berkata, pihaknya memberi fokus kepada kerja menaik taraf fasiliti dan kemudahan kesihatan sedia ada melalui pendekatan 3R (baiki, ganti dan pulih) dalam tempoh RMK-12.

"Ia bagi menambah baik dan mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada seluruh lapisan masyarakat.


"Pendekatan ini selaras dengan teras memperkemas perkhidmatan penjagaan kesihatan dalam Pelan Strategik KKM tahun 2021-2025.

"Inisiatif akan ditumpu ke arah pembangunan pelan rangka tindakan pembaharuan sistem kesihatan kebangsaan dan pelan induk fasiliti serta sumber manusia untuk menambah baik khidmat penjagaan kesihatan sedia ada," katanya berucap pada Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 5) Lenggeng di sini, petang tadi.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha KKM, Datuk Harjeet Singh Hardev Sing; Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah dan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya, Rahmat Abd Rahman.

Khairy berkata, penyediaan klinik kesihatan yang kondusif dapat memberikan khidmat penjagaan kesihatan yang lebih komprehensif, berkualiti dan akses kepada perkhidmatan kesihatan primer.

Beliau berkata, pembinaan Klinik Kesihatan Lenggeng ini diharap dapat membantu penduduk di Lenggeng dan kawasan sekitar seperti Ulu Beranang serta Broga mendapat rawatan dan perkhidmatan kesihatan terbaik dan selesa.

"Projek Klinik Kesihatan ini bagi menggantikan klinik lama dibina pada 1955.

"Menerusi klinik baharu ini, lebih banyak perkhidmatan dapat disediakan termasuk dietetik, sains pemakanan, rehabilitasi, pergigian dan farmasi.

"Saya juga bersetuju supaya sebuah mesin x-ray dibekalkan di Klinik Kesihatan Lenggeng ini membabitkan kos RM1 juta, sekali gus dapat memberikan manfaat kepada kira-kira 14,650 penduduk setempat, khususnya saringan untuk kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas," katanya.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, klinik baharu berkenaan akan beroperasi sepenuhnya pada 17 Oktober ini.
https://www.bharian.com.my/berit ... -di-ns-dalam-rmk-12

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.073960 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list