|
Pemancing menunjukkan sampah yang dipancingnya di Jambatan Sungai Wak Rabun, Batu 33, Pontian. - Foto NSTP/Togi Marzuki
PONTIAN: Segelintir masyarakat dikesan mengambil jalan mudah dengan membuang sampah ke dalam sungai tanpa mempedulikan kesan pencemaran kepada ekosistem.
Tinjauan di Jambatan Sungai Wak Rabun, Batu 33, di sini, mendapati terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada tindakan tidak bertanggungjawab itu termasuk lokasi terpencil, infrastruktur serta persekitaran tidak terurus.
Ketua Kampung Kawasan 7 dan 9 Mukim Rimba Terjun, Mohd Ali Khuzai yang menyertai tinjauan itu, berkata ketiadaan lampu jalan memberi peluang segelintir masyarakat bukan saja membuang sampah ke dalam sungai, malah turut melakukannya di tepi sungai.
"Justeru itu, kami minta jasa baik yang berkaitan supaya ambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan kejadian membuang sampah berulang, " katanya.
Bagi pemancing, Muhammad Syafirul Yaakub, 31, sungai yang tercemar dengan sampah menjejaskan pelbagai spesies hidupan sungai.
"Di sungai ini terdapat pelbagai hidupan air termasuk udang galah dan ikan sembilang, namun lain pula yang dapat, serpihan kain dan plastik saja.
"Kebersihan sungai tanggungjawab bersama, buanglah sampah di tempat yang betul, jangan kerana lokasi jambatan yang terpencil jauh dari penduduk dan persekitaran yang dipenuhi semak terus buang sampah ke dalam sungai, " katanya.
Terdahulu, tular di media sosial seorang lelaki membuang sampah ke dalam sungai dari atas jambatan berkenaan.
Ia mengundang kecaman pelbagai pihak kerana tindakannya itu tidak bertanggungjawab.
https://www.bharian.com.my/berit ... tempat-buang-sampah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|