CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 481|Reply: 0

[Sabah] Jana kuasa daripada angin: Sarawak berpotensi jadi negeri pertama

[Copy link]
Post time 2-10-2022 01:30 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sarawak berpotensi menjadi negeri pertama di rantau ini yang menjana kuasa daripada angin.

Namun, menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, ramai orang masih sangsi perkara itu kerana menganggap angin di wilayah ini tidak cukup untuk menjana tenaga elektrik.

“Namun, banyak negara di Eropah memasang turbin angin di darat untuk menjana tenaga elektrik.

Jadi, dengan halaju angin dan peningkatan teknologi, sedikit pergerakan kipas dan dengan turbin yang betul, kita juga boleh menghasilkan tenaga.

“Inilah potensi yang yang ada pada kita untuk negara menghasilkan tenaga angin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penyiapan Mekanikal Kejuruteraan, Perolehan dan Pembinaan (EPC) untuk kerja-kerja Struktur Luar Pesisir bagi Projek Pembangunan Lapangan Timi di Demak Fabrication Yard, Jalan Demak Maju di sini, semalam.

Jelas beliau, dengan teknologi canggih, Sarawak dapat menjana elektrik daripada angin, bukan saja di darat,  malah di kawasan luar pesisir.

“Malah, angin luar pesisir lebih laju berbanding di darat,” ujarnya.

Abang Johari berkata, Sarawak serius mencari penyelesaian terhadap perubahan iklim, justeru ia mencari teknologi yang tersedia untuk mengurangkan pelepasan karbon.


https://sarawakvoice.com/2022/10/02/0jana-kuasa-daripada-angin-sarawak-berpotensi-jadi-negeri-pertama/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.713721 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list