View: 371|Reply: 0
|
[Johor]
Jurujual, amah direman seminggu susulan budak 3 tahun mati didera
[Copy link]
|
|
Johor Bahru: Seorang jurujual kenderaan dan seorang pembantu rumah yang disyaki terbabit mendera seorang kanak-kanak tiga tahun sembilan bulan hingga mati kelmarin, ditahan reman selama tujuh hari.
Perintah reman bermula hari ini dikeluarkan Majistret R Salini di Mahkamah Majistret di wsini bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat ke atas suspek mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, kedua-dua suspek berusia 28 dan 40 tahun tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 9 pagi.
Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dilaporkan berkata, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan, maut dipercayai didera ketika di bawah jagaan kenalan bapanya serta pembantu rumah lelaki itu, kelmarin.
Difahamkan, pembantu rumah wanita warga Indonesia itu ditahan kelmarin, manakala suspek yang juga kenalan bapa mangsa yang diamanahkan menjaga kanak-kanak itu pula ditahan sepasukan polis di kediaman lelaki itu di Skudai di sini, semalam.
JURUJUAL kenderaan (baju hitam depan) dan seorang pembantu rumah (baju hitam) yang disyaki terbabit dalam kejadian mendera seorang kanak-kanak tiga tahun sembilan. FOTO Izz Kaily Hussien
Kamarul Zaman dilaporkan berkata, suspek lelaki adalah kenalan bapa mangsa yang diupah menjaga dua anaknya sementara bapa mangsa bekerja di Singapura.
Pemeriksaan awal terhadap tubuh kanak-kanak lelaki itu mendapati terdapat kesan lebam dan mayat kanak-kanak itu menjalani bedah siasat hari ini, bagi mengetahui punca kematiannya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mati-didera-metrotv |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|