CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 382|Reply: 0

[Johor] Johor catat lebih 9,000 kes HFMD

[Copy link]
Post time 4-10-2022 04:42 PM | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU - Sebanyak 9,156 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di Johor hingga Jumaat lalu, sekali gus menjadikan negeri ini keenam tertinggi kumulatif kes berkenaan.

Exco Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon berkata, kebanyakan kes HFMD berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia bawah enam tahun iaitu 7,878 kes, diikuti tujuh hingga 12 tahun iaitu (1,100) dan bakinya lebih daripada 13 tahun.

Katanya, daerah Johor Bahru mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 3,190 kes, Kluang sebanyak (1,156), Tangkak (932), Batu Pahat (929), Segamat (814), Kota Tinggi (745), Pontian (596), Muar (345), Kulai (312) dan Mersing (134).

"Setakat ini tiada wabak aktif HFMD yang dilaporkan. Lokasi penularan wabak HFMD sehingga Sabtu, melibatkan taska (48 wabak) diikuti rumah persendirian (22 wabak), tabika (14 wabak), tadika (10 wabak), prasekolah (9 wabak), sekolah rendah (3 wabak), pusat jagaan harian (3 wabak) dan lain-lain (2 wabak)," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Sementara itu, Tian Soon berkata, sebanyak 4,365 kes jangkitan saluran pernafasan dilaporkan di negeri itu hingga Minggu Epidemiologi (ME) ke-39/2022 dengan 73.7 peratus kluster melibatkan institusi pendidikan (73.7%).

Manakala bagi kumulatif kes demam denggi pada ME ke-39/2022 pula sebanyak 2,403 kes.

"Daerah Johor Bahru merekodkan sebanyak 94 kes diikuti Kulai (19), Pontian (4), Kluang, Batu Pahat, Kota Tinggi dan Tangkak masing-masing (3) dan Segamat (2 kes). Tiada kes dilaporkan bagi Mersing dan Muar," katanya.
https://www.sinarharian.com.my/a ... lebih-9000-kes-hfmd
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.045825 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list