View: 398|Reply: 0
|
[Johor]
Polis nafi kes culik, curi organ
[Copy link]
|
|
KAMARUL Zaman. FOTO arkib NSTP
Johor Bahru: Polis menafikan berlakunya kejadian kes penculikan untuk mencuri organ di Johor.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, hantaran video di TikTok berdurasi tujuh saat mengenai dakwaan itu adalah tidak benar.
Katanya, hantaran itu mendakwa berlaku kes penculikan bagi mengambil organ untuk dijual kepada hospital.
"Tiada laporan polis diterima berkaitan jenayah seperti ditularkan pemilik akaun itu.
"Hantaran itu dilihat sebagai cubaan menimbulkan ketakutan dan kebimbangan orang ramai.
"Perbuatan menyebarkan dan membuat spekulasi palsu adalah menyalahi undang-undang dan boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Justeru polis menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai dengan dakwaan daripada sumber tidak sah dan menggunakan maklumat palsu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... es-culik-curi-organ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|