CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 417|Reply: 0

[Sarawak] TVS sediakan ruang kepada pemain industri kemuka karya kreatif

[Copy link]
Post time 6-10-2022 01:44 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Kerajaan Sarawak komited untuk memacu pertumbuhan industri kreatif tempatan dengan menyediakan ruang kepada pemain industri berkarya menerusi stesen televisyen TVS yang dikendalikan oleh Sarawak Media Group (SMG).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rizal Zulkapli berkata, menerusi sesi saringan perolehan (pitching) yang dilakukan TVS pada April dan Mei lepas, pihaknya menerima lebih 500 idea kreatif yang dikemukakan oleh penggiat seni tempatan.

Katanya, daripada jumlah itu sekitar 160 idea telah terpilih untuk diterbitkan sebagai drama, dokumentari, travelog dan program berbentuk majalah.

“TVS mengadakan sesi pitching sebanyak dua kali setahun kerana kita dengan kerjasama Kerajaan Sarawak mahu membuka peluang untuk penggiat, penerbit dan pengarah.

“Idea yang diterima akan diberikan geran untuk diterbitkan dan mengikut harga pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir sidang media pelancaran Getaran Jiwa di Rumah Tangsi, di sini semalam seperti dilapor TVS.

Menurut Rizal, langkah berkenaan adalah kerana mahu menonjolkan keistimewaan Sarawak terutamanya membabitkan aspek seni, budaya dan pelancongan untuk dikongsi bersama penonton di seluruh negara.

Katanya, ruang yang disediakan itu bagi membolehkan penonton ‘lebih kenal’ dengan Sarawak memandangkan kebanyakan program yang diterbitkan oleh stesen-stesen televisyen di Lembah Klang cenderung berkonsep KL.


https://sarawakvoice.com/2022/10/05/tvs-sediakan-ruang-kepada-pemain-industri-kemuka-karya-kreatif/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.049718 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list