View: 480|Reply: 1
|
[Johor]
TMJ nafi keluarkan kenyataan politik
[Copy link]
|
|
TUNKU Ismail Ibrahim menafikan baginda pernah mengeluarkan sebarang kenyataan politik seperti poster yang tular di media sosial sejak kelmarin dan menitahkan Royal Press Office membuat laporan polis. FOTO Ihsan Facebook HRH Crown Prince of Johor
Johor Bahru: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim menafikan pernah mengeluarkan sebarang kenyataan politik seperti poster yang tular di media sosial.
Tuanku Ismail bertitah, poster itu mengandungi kenyataan palsu disebarkan secara berterusan oleh pihak tidak bertanggungjawab di dalam pelbagai aplikasi media sosial.
"Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) sebelum ini sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran kenyataan palsu sebegini.
"Segala kenyataan atau laporan berita berkaitan dengan saya atau pun Keluarga Diraja Johor hanya akan dikeluarkan oleh Royal Press Office atau di laman sosial rasmi sahaja.
"Kenyataan palsu ini sudah beberapa kali disebarkan di dalam media sosial dan ia masih berterusan sehingga ke hari ini.
"Saya telah menitahkan Royal Press Office untuk membuat laporan polis berhubung perkara ini," titah baginda di laman Facebook HRH Crown Prince, hari ini.
Menerusi poster palsu yang tular di media sosial sejak kelmarin itu, Tunku Ismail dipetik bertitah kononnya rakyat perlu menolak UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) selain melabelkan parti itu sebagai sampah.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-kenyataan-politik |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Panaih xpa jgn koyak |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|