View: 415|Reply: 0
|
[Johor]
Bekalan pertanian, hasil laut di Johor cukup untuk hadapi musim tengkujuh
[Copy link]
|
|
ZAHARI (berdiri, tengah) melihat Perjanjian Memorandum Persefahaman (Mou) antara Syarikat Peneraju dan Pengusaha Tanaman atau Industri Asas Tani. FOTO Omar Ahmad
Johor Bahru: Kerajaan negeri memberi jaminan bekalan pertanian dan hasil laut mencukupi menjelang musim tengkujuh akhir tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip berkata, Jabatan Pertanian serta Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sudah menyediakan inisiatif bagi memastikan bekalan itu mencukupi termasuk membuat stok bekalan hasil laut.
"Bekalan mencukupi untuk berdepan musim tengkujuh akhir tahun ini, jadi sepatutnya tidak berlaku sebarang kenaikan harga barangan.
"Bagi produk perikanan, LKIM dan Jabatan Perikanan sudah sediakan stok ikan untuk dikeluarkan pada musim tertentu, termasuklah pada musim tengkujuh.
"Bagi produk pertanian pula, kita sudah adakan kerjasama bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran hasil dan penjualan ke pasaran," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Kolaborasi Di Antara Syarikat Peneraju dan Pengusaha Tanaman atau Industri Asas Tani yang diadakan di sebuah hotel di sini, hari ini.
Menurut Zahari, Jabatan Perikanan juga dalam proses untuk menambah lagi lesen nelayan laut dalam bagi meningkatkan hasil laut, untuk disimpan di tempat simpanan seperti di Mersing dan Endau.
"Di Segamat, kita mahu jadikan ia sebagai daerah bagi hasil pertanian.
"Kita juga menambah lebih banyak kawasan penanaman, pertanian dan penternakan termasuk yang baharu dibina di Kulai dan Desaru," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... api-musim-tengkujuh |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|