View: 415|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Unik! Sawah padi dalam sekolah
[Copy link]
|
|
NOOR Asharudin (kiri) menunjukkan sawah padi yang diusahakan di kawasan sekolah. FOTO Mohd Khidir Zakaria
Port Dickson: Cipta kelainan dan suasana sekolah berbeza daripada yang lain. Itu antara usaha warga pendidik Sekolah Kebangsaan Kampung Sawah (SK Kampung Sawah) yang memiliki 'jelapang padi' dalam kawasan sekolah.
Guru Besar SK Kampung Sawah, Noor Asharudin Hamzah berkata, idea membuat sawah padi itu bermula sejak dua tahun lalu dengan menanamnya di celah bangunan sekolah.
"Ia bermula sebaik saya mula bertugas di sekolah ini tiga tahun lalu (2019). Ketika itu saya dapati tempat ini selalu berair seperti berpaya walaupun ketika itu cuaca panas.
"Saya kemudian mencadangkan lokasi ini dijadikan petak sawah mini. Malah saya difahamkan orang kampung di sini, pernah menanam padi suatu masa dahulu," katanya.
Katanya, cubaan menanam pokok padi itu berjaya dengan bantuan cikgu sekolah dan ibu bapa murid.
"Kini sawah padi ini kebanggaan warga sekolah dan penduduk kampung yang turut memberi galakan terutama ibu bapa murid dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang turut membantu.
"Kami rasa mungkin sekolah ini satu-satunya sekolah memiliki sawah padi," ujarnya.
Noor Asharudin berkata, dia juga seronok mengajar di sekolah ini kerana setiap aktiviti mendapat sokongan ibu bapa murid.
"Ini kelebihan sekolah di kawasan pedalaman dan kami guru berbangga sokongan ibu bapa murid yang rajin membantu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -padi-dalam-sekolah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|