CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 599|Reply: 1

[Sarawak] Majlis Jamuan Negeri sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir TYT Ke-86

[Copy link]
Post time 9-10-2022 10:43 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib menghadiri Majlis Jamuan Negeri sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-86 di Hotel Pullman Miri Waterfront, di sini, semalam.

Ketibaan Tun Taib serta isteri diiringi Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Pada majlis tersebut, tetamu dihiburkan dengan persembahan pembukaan berkonsepkan irama klasik yang mengimbau nostalgia lama serta video pendek potret Tun Taib.

Majlis diteruskan dengan simbolik memotong kek hari jadi oleh Tun Taib dan disaksikan oleh Toh Puan Raghad serta tetamu kehormat lain.

Selain itu, pelbagai persembahan menarik disajikan oleh artis tempatan yang diiringi kombo D’Aspirasi RTM Sarawak.

Video montaj bertajuk ‘Father Of Unity’ memaparkan perjuangan Tun Taib dalam usaha menyatu padu dan mengekalkan keamanan di Sarawak menjadi acara penutup sebelum Tun Taib serta isteri Toh Puan Raghad berangkat meninggalkan majlis.

Turut hadir ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, Menteri Pengangkutan Sarawak selaku menteri bertanggungjawab Sambutan Perayaan Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta tetamu kenamaan yang lain.


https://sarawakvoice.com/2022/10/09/0majlis-jamuan-negeri-sempena-sambutan-perayaan-hari-lahir-tyt-ke-86/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2022 12:18 PM | Show all posts
pembesar2 malaysian ni suka btl ambik perempuan luar ek jd isteri.. sultan kelantan dan adik beradik lelakinya, tyt sarawak etc lagi lah....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.707477 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list