CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 441|Reply: 0

[Sarawak] Pertandingan Video Pendek sempena Sarawak Authors Festival 2022

[Copy link]
Post time 9-10-2022 11:17 PM | Show all posts |Read mode
Pertandingan Video Pendek sempena Sarawak Authors Festival 2022, 19 September-16 Oktober



Poster Pertandingan Video Pendek

KUCHING: Pertandingan Video Pendek sempena Sarawak Authors Festival 2022 kini diadakan bermula 19 September hingga 16 Oktober 2022.

Pustaka Negeri Sarawak dalam satu kenyataan semalam berkata, tema bagi pertandingan video pendek ini adalah Legasi Penulisan Anak Sarawak.

Justeru menurutnya, video yang dihantar harus mengetengahkan tema ini dan harus menepati beberapa aspek ditetapkan.

“Antara lainnya adalah penulis hendaklah berasal dari Sarawak, karya-karya hendaklah ditulis dan diterbitkan oleh penulis, memberi kepentingan atau impak karya penulis terhadap masyarakat/ekonomi/sejarah dan lain-lain serta penulis hendaklah memaklumkan pencapaian mereka di peringkat organisasi/wilayah/negara dan antarabangsa.

“Selain itu, durasi video yang diserahkan hendaklah dalam lingkungan tiga hingga enam minit (3-6) dan merangkumi kredit video.

“Konsep video adalah terbuka dan mengikut kreativiti peserta,” ujar kenyataan tersebut.

Menurutnya, tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 Oktober 2022.

Johan akan berpeluang memenangi RM2,000 dan sijil manakala tempat kedua bakal memenangi RM1,500 dan sijil.

Bagi tempat ketiga, RM1,000 dan sijil sementara tempat kempat, RM500 dan sijil.

Terdapat juga hadiah sagu hati berupa RM100 berserta sijil bagi 20 pemenang.

Mereka yang berminat boleh menghantar penyertaan dengan mengisi Borang Pertandingan Video Pendek sempena Sarawak Authors Festival 2022 dipautan berikut https://docs.google.com/.../1Kbf9nmOxQAZKzJm3UqsTzIW.../edit

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Pertandingan Video Pendek Sarawak Authors Festival 2022, sila berhubung dengan pegawai seranta Mohamad Aizat Ajis melalui e-mel di alamat [email protected] atau menghubungi 082-440484.


https://www.utusanborneo.com.my/2022/10/08/pertandingan-video-pendek-sempena-sarawak-authors-festival-2022-19-september-16-oktober
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.141392 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list