CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 484|Reply: 0

[Sabah] 20 rumah musnah dalam kebakaran di Kudat

[Copy link]
Post time 10-10-2022 08:19 PM | Show all posts |Read mode


KEBAKARAN: Api marak mengakibatkan 43 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Kapur Kudat. Gambar ihsan JBPM Negeri Sabah

KUDAT: Sebanyak 20 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Kapur di sini awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata, kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 2 pagi.

Katanya, Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999 menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.28 pagi.

"Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran sepanjang 500 kaki dengan empat pancutan dari jentera bomba dan satu aliran 700 kaki dengan dua pancutan dari jentera PBS Kampung Air," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


MUSNAH: Anggota bomba menjalankan operasi di lokasi kebakaran terbabit. Gambar ihsan JBPM Negeri Sabah

Menurutnya, sumber air diperoleh dari pili bomba berhampiran dan setakat ini tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Operasi pemadaman turut melibatkan jentera dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat dengan bantuan dari BBP Kota Marudu.

Pihak bomba berjaya mengawal api pada jam 4.21 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.43 pagi.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.872962 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list