CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 479|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Pulanglah Najwa: Ibu

[Copy link]
Post time 11-10-2022 12:40 PM | Show all posts |Read mode

NUR Najwa Nasuha Kasraful Nizam. FOTO ihsan pembaca

Seremban: Seorang wanita tidak senang duduk selepas anak perempuannya berusia 14 tahun tidak pulang sejak seminggu lalu selepas keluar dari rumah tengah malam Isnin lalu.

Lebih membimbangkan, anak bongsu daripada empat beradik itu kali terakhir dilihat menaiki motosikal bersama seorang individu tidak jauh dari rumahnya kira-kira 12 tengah malam.

Norhidayah Mohd Yacob, 42, berkata, ketika anaknya keluar dari rumah di Taman Jasmin, di sini, dia dan seorang lagi anaknya sedang tidur dan tidak menyedari kehilangan Nur Najwa Nasuha Kasraful Nizam.


"Pada malam itu saya ada memintanya telefon bimbit dan dia menyatakan susah jika tiada alat itu. Selepas menyalin jadual waktu sekolahnya, dia memulangkan telefon kakaknya dan selepas itu kami semua tidur.

"Kami tidak menyangka yang dia akan keluar tanpa pengetahuan. Keesokan paginya kami menyedari Najwa sudah tiada dan daripada makluman jiran, Najwa dilihat berjalan kaki ke arah sebuah kilang sebelum diambil seseorang dengan menaiki motosikal.

"Dia memakai baju kameja-t berwarna gelap dan baju panas berwarna kelabu ketika keluar," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dia berkata, keluarga sudah membuat laporan di Balai Polis Senawang keesokan harinya.

Tambahnya, beberapa individu mendakwa ternampak anaknya itu, namun tidak melaporkannya kepada keluarga atau polis.

"Saya sangat bimbang keselamatannya lebih-lebih dia perempuan. Sudah seminggu adik tidak pulang. Saya tidak tahu di mana dia tidur, apa dia makan dan dengan siapa dia berada sekarang.

"Pulanglah adik, keluarga semua risaukan adik. Kami semua rindukan adik dan jika ibu ada buat silap, ibu sanggup minta maaf asalkan adik pulang.

"Saya juga meminta orang ramai yang ternampak Najwa supaya melaporkannya kepada polis. Apa yang membimbangkan kini apabila ada jiran memaklumkan ternampak dia bersama tokan dadah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pulanglah-najwa-ibu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.413680 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list