CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1137|Reply: 2

[Kelantan] Guru terkejut terima bayaran khairat kematian suami RM27,012.79

[Copy link]
Post time 11-10-2022 03:57 PM | Show all posts |Read mode

AHMAD Yani Muhammad (dua dari kanan) bersama WAN Munadi Wan Mamat (kanan) menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada S. Nora Isam (tiga dari kanan), Mohd. Sabri Mat Yusof (tiga dari kiri) dan Rosdi Harun di Tanah Merah, Kelantan hari ini. - UTUSAN/ROSMIZAN RESDI

    Oleh ROSMIZAN RESDI
    11 Oktober 2022, 3:46 pm

TANAH MERAH: Seorang guru terkejut menerima khairat kematian milik suaminya, Suhailan Che Man,51, yang meninggal dunia akibat sesak nafas semasa bertugas pada 18 Ogos lalu daripada Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB), berjumlah sebanyak RM27,012.79, hari ini.

S. Nora Isam, 50, berkata, sumbangan itu sangat mengejutkan dan tidak tidak menyangka arwah suaminya yang bertugas di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menyertai YGMB sejak dua tahun lalu.

“Saya terkejut dimaklumkan mengenai sumbangan khairat kematian arwah suami. Sumbangan ini amat besar nilainya bagi meringankan beban saya dan tiga anak berusia 24, 22 dan 17 tahun.

“Wang khairat kematian digunakan sebaiknya untuk pembelajaran anak sulung yang belajar di peringkat ijazah sarjana manakala anak kedua pula kini sedang menjalani latihan industri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Sumbangan Program Taklimat Keahlian Dan Kebajikan YGMB di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Perancangan PPD Kota Bharu, Ahmad Yani Muhammad menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada S. Nora.

Selain itu, Ahmad Yani turut menyerahkan sumbangan penyakit kritikal kepada guru besar, Rosdi Harun berjumlah RM25,018.84 dan khairat kematian seorang guru, Tengku Hasnul Atikah Tuan Hassan sebanyak RM8,000 kepada suaminya, Mohd. Sabri Mat Yusof.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, yayasan tersebut ketika ini mempunyai lebih 100,000  ahli dan setiap ahli mempunyai jaminan perlindungan kesihatan dan kebajikan.

Katanya, guru-guru perlu menitikberatkan mengenai penyakit kritikal seperti serangan jantung, kanser, kencing manis, darah tinggi dan masalah buah pinggang.

“Sejak akhir-akhir ini, guru-guru yang masih muda sudah menghidap pelbagai jenis penyakit kritikal. Kita sarankan kepada semua guru supaya menitikberatkan aspek kesihatan masing-masing meskipun sibuk menguruskan pelbagai kerja seharian,” ujarnya.

Menurut Wan Munadi, menjelang peralihan monsun timur laut ketika ini, setiap ahli YGMB yang berhadapan bencana juga akan menerima manfaat disediakan pihak yayasan.

Katanya, jika ada ahli YGMB terjejas banjir, mereka layak menerima bantuan sebanyak RM500 dan sumbangan itu akan disalurkan dengan segera. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... n-suami-rm27012-79/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2024 02:41 PM | Show all posts
Banyak maklumat atas sebab yang agak mengejutkan. Nikmati pengalaman bermaklumat yang hebat. Sertai dan kemas kini banyak-banyak. pizza tower
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2024 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Rezeki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.420524 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list