CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 431|Reply: 0

[Sarawak] Perarakan Krismas terbesar di Miri kembali lagi

[Copy link]
Post time 13-10-2022 07:33 AM | Show all posts |Read mode


MIRI: Perarakan Krismas terbesar di Miri kembali lagi tahun ini selepas dua tahun tergendala berikutan pandemik COVID-19.

Datuk Bandar Miri Adam Yii (gambar) berkata, perarakan Krismas ke-13 tahun ini akan diadakan pada 3 Disember bertemakan ‘Jesus, Joy of Christmas’ (Luke 1:14).

“Untuk kali ini, sejumlah 17 gereja di sekitar Miri mengambil bahagian bagi menjayakan perarakan Krismas tersebut.

“Kali terakhir kita menganjurkan perarakan tersebut adalah pada 2019 dengan menghimpunkan lebih 40,000 orang termasuk dari luar Miri.

“Jadi, kita tidak dapat mengganggarkan penyertaan masyarakat untuk tahun ini memandangkan dua tahun tidak diadakan,” jelasnya pada sidang media Perarakan Krismas Bandaraya Miri 2022 di sini, petang kelmarin.

Seperti ditetapkan oleh jawatankuasa penganjur katanya, perarakan Krismas 2022 akan bermula di Dataran Kipas Miri dengan pelancaran rasmi dijangka disempurnakan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Dari Dataran Kipas Miri, perarakan melalui Jalan Sylvia, Jalan Brooke, Jalan Kingsway, Jalan Puchong, Jalan Padang, Jalan Melayu, Jalan Nahkoda Gampar, Jalan Cina, Jalan Bendahara, Jalan North Yu Seng, Jalan South Yu Seng, Jalan Merpati, Jalan Kipas dan kembali semula ke Dataran Kipas Miri.

Serentak dengan itu, semua laluan terbabit ditutup bagi kelancaran lalu lintas bermula jam 5 petang.

Selain perarakan, program turut akan diselitkan dengan puji dan sembah serta pelbagai persembahan daripada gereja yang mengambil bahagian.

Yii yang juga penasihat dan pengerusi bersama jawatankuasa turut mengalu-alukan masyarakat setempat bersama-sama hadir memeriahkan perarakan tersebut yang kembali lagi diadakan selepas pandemik.

Tambahnya, perarakan itu bukan sahaja sebagai tarikan kepada pelawat, malah menghimpunkan masyarakat berbilang kaum dalam menunjukkan perpaduan kukuh kaum dan agama di Sarawak.

Hadir sama ialah Pengerusi Bersama Rev. Fr Vincent Shin, Timbalan Pengerusi Pastor Lim Thien Leong, Naib Pengerusi Pertama Rev. Fr Johny Janggok, Naib Pengerusi Kedua Rev. Ngian Seng Chue serta jawatankuasa yang lain.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.043095 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list