CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 398|Reply: 0

[Sarawak] Rekod kesihatan mental Sarawak keempat tertinggi

[Copy link]
Post time 13-10-2022 07:35 AM | Show all posts |Read mode


Fatimah melakukan simbolik penutupan Simposium Kebangsaan Kesejahteraan Psikologi 2022 (SKeP2022) di UNIMAS semalam.

Mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, prevalens isu kesihatan mental di Sarawak merekodkan 35.8%

“Prevalens lebih tinggi adalah di luar bandar dan dalam kalangan penduduk Bumiputera.”  
Dato Sri Fatimah Abdullah
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan
Kesejahteraan Komuniti

Oleh Marlinda Mardzuki

KOTA SAMARAHAN: Sarawak menduduki tempat keempat di Malaysia yang mencatatkan rekod kesihatan mental tertinggi, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah.

Katanya, mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dilaksanakan pada 2015, prevalens berkaitan isu kesihatan mental di Sarawak merekodkan 35.8 peratus.

“Prevalens lebih tinggi adalah di luar bandar dan dalam kalangan penduduk Bumiputera.  

“Masalah yang lazim adalah kemurungan dengan 35 peratus adalah daripada golongan remaja berumur 16 tahun ke atas dan 16 peratus di bawah umur 15 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada penutupan Simposium Kebangsaan Kesejahteraan Psikologi 2022 (SKeP2022) di Arena Gemilang, DeTAR Putra Unniversiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, semalam.

Menurut Fatimah, semasa COVID-19 melanda dunia, permintaan untuk perkhidmatan kaunseling dan psikologi serta sokongan adalah lebih tinggi di Sarawak.

“Ini kerana isu pembangunan manusia dan kesejahteraaan menjadi tumpuan utama disebabkan ketidaktentuan yang dihadapi rakyat terutama ketika tempoh itu (COVID-19),”’katanya.

Justeru katanya, terdapat keperluan untuk menyediakan lebih ramai ahli psikologi daripada pelbagai cabang dan kepakaran di negeri ini.

“Sarawak memang ketandusan pakar psikologi.  Jadi, kami ingin menggalakkan rakyat Sarawak mengambil psikologi sebagai kerjaya.

“Diharapkan dengan usaha sedemikian, kita dapat menangani isu kesihatan mental dalam kalangan rakyat,” katanya.

Di Sarawak kata Fatimah, kementeriannya  bekerjasama dengan rakan strategik yang berkaitan dalam integrasi termasuk ahli psikologi, kaunselor, pakar psikiatri dan kaunselor untuk menyediakan sokongan dan perkhidmatan sosial kepada mereka yang terjejas.

Sementara itu, beliau memberitahu, Sarawak adalah negeri pertama di Malaysia yang membangunkan Indeks Kesejahteraan Sosial sendiri selain kajian indeks yang dijalankan di peringkat kebangsaan.

Katanya, laporan SSWI adalah satu kajian yang sangat bermanfaat bagi Sarawak kerana ia mengkaji tunjang-tunjang utama yang mempengaruhi kesejahteraan sosial di peringkat akar umbi.

“Berdasarkan Kajian Indeks Kesejahteraan Sosial Sarawak (SSWI) 2019 menunjukkan tahap kesejahteraan sosial di Sarawak
adalah sederhana dengan nilai skor 6.21.

“Daripada 10 tunjang kesejahteraan sosial yang diukur, tunjang institusi keluarga adalah tertinggi berbanding sembilan tunjang lain dengan skor 7.24,” katanya.

Menurutnya, kumpulan umur 55 hingga 65 tahun mencatat skor 6.43 iaitu tertinggi berbanding kumpulan umur yang lain.

“Berdasarkan etnik pula, kaum Melanau mencatatkan nilai skor 6.78 tertinggi di banding etnik lain,” ujarnya sambil menambah, kementeriannya akan meneruskan kajian SSWI untuk setiap dua tahun sekali dengan skop diperluaskan sehingga ke peringkat daerah kecil di Sarawak.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.113869 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list