View: 382|Reply: 0
|
[Johor]
Premis penyaduran logam sebabkan pencemaran udara dihentikan operasi
[Copy link]
|
|
Sebuah premis penyaduran logam di Tanjung Langsat dikenakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) dalam operasi JAS Johor dan JAS Pasir Gudang, kelmarin. FOTO IHSAN FB JAS
Pasir Gudang: Sebuah premis berasaskan penyaduran logam di Tanjung Langsat di sini, dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) kerana melepaskan pencemaran udara.
Jabatan Alam Sekitar (Jas) dalam kenyataan media memaklumkan, pihaknya membuat serbuan ke premis itu kelmarin membabitkan 10 penguat kuasa dari Jas Johor dan Jas Cawangan Pasir Gudang.
Menurut Jas, pemeriksaan yang bermula jam 10 pagi dan berakhir pada jam 1 pagi dan mendapati berlaku pelepasan pencemaran ketara sebelum POK dibuat mengikut Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
"Alat kawalan udara dan efluen di premis berkenaan tidak berfungsi dan gagal beroperasi dengan baik, malah terdapat kawasan proses pengeluaran beroperasi tanpa alat kawalan, juga buangan terjadual tidak diuruskan dengan betul.
"Tindakan POK diambil bagi menghentikan pencemaran daripada terus berlaku dan premis diarahkan untuk mengambil tindakan pembaikan dalam tempoh POK berkenaan," kata kenyataan itu.
Jas berkata, persampelan efluen dan bahan buangan terjadual dari premis itu juga dijalankan untuk tindakan penguatkuasaan selanjutnya.
"Semua premis industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya dan tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku kesalahan mencemarkan alam sekitar," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dihentikan-operasi |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|