CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 474|Reply: 0

[Johor] Bayi perempuan ditemukan dalam tong sampah Roro

[Copy link]
Post time 13-10-2022 06:19 PM | Show all posts |Read mode

PELINDUNG kanak-kanak JKM, Zaid Ikhwan Lim bersama bayi yang ditemukan dalam tong sampah. FOTO Nur Aisyah Mazalan.

Johor Bahru: Binatang pun sayang anak, inikan pula manusia. Begitulah nasib malang seorang bayi perempuan yang ditemukan dalam tong sampah dengan kesan darah dipercayai baharu dilahirkan.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru, Adnan Md Yassin berkata, bayi perempuan berkenaan ditemukan oleh seorang pengawal keselamatan di One Tebrau, Jalan Setanggi, Taman Seri Setanggi pada 1 Oktober lalu.

Beliau berkata, pelindung kanak-kanak JKM menerima panggilan kecemasan pada jam 3.50 petang pada hari berkenaan berkaitan penemuan bayi yang tidak dikenal pasti jantina.


Menurutnya, pegawai keselamatan berkenaan berasa curiga apabila mengesan objek yang bergerak di dalam tong sampah Roro dan mendapati ia adalah bayi.

"Pemeriksaan mendapati jantina bayi itu adalah perempuan, masih bertali pusat dan tidak memiliki uri dipercayai dipotong sendiri oleh ibu kandungnya.

"Malah tubuhnya agak kemerahan dan awalnya disangka kesan gigitan semut namun apabila diteliti ia didapati kesan baharu dilahirkan.

"Tiada sebarang dokumen berkaitan bayi mahupun ibunya ditemukan di lokasi berkenaan.

"Bayi berkenaan kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi mendapatkan rawatan sesuai," katanya menerusi siaran media hari ini.

Adnan berkata, bayi berkenaan dibenarkan keluar dari wad semalam dan ditempatkan di Rumah Perlindungan Kanak-kanak Johor menerusi subseksyen 25(2) Akta Kanak-kanak 2001.

Menurutnya, bayi berkenaan dinamakan sebagai Lilyan Aleena dan kini berusia 12 hari.

"JKM ingin meminta bantuan orang ramai bagi mengesan waris bayi berkenaan yang kini dalam keadaan sihat.

"JKM berharap keluarga bayi berkenaan tampil bagi membincangkan masa depannya dengan secepat mungkin.

"Bagi maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian Pelindung kanak-kanak JKM, Zaid Ikhwan Lim di talian 07-2232606, 07-2232607 atau 0111-7535394," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... am-tong-sampah-roro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.110022 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list