CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 410|Reply: 0

[Johor] Aktif sukarelawan buatkan Shahriah 'lupa' derita kanser dialaminya

[Copy link]
Post time 13-10-2022 06:24 PM | Show all posts |Read mode

Shahriah mengadakan lawatan ke kediaman seorang pesakit terlantar di Pasir Gudang. FOTO Mary Victoria Dass.

Johor Bahru: Status sebagai pesakit kanser tidak menghalang seorang sukarelawan, Shahriah Ismail, 66, untuk berkhidmat kepada masyarakat serta menjadi inspirasi kepada golongan belia setempat.

Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata, dia yang menjalankan kerja kesukarelawanan sejak lebih 30 tahun lalu disahkan menghidap kanser payudara tahap tiga pada 2018.

Menurutnya, ujian dialaminya itu menyebabkan dia perlu mengharungi pelbagai cabaran terutama bagi melawan penyakit itu selama hampir dua tahun.


"Setiap orang akan diuji, kita kena reda. Walaupun dalam tempoh menjalani rawatan dan pemeriksaan doktor, naluri untuk membantu insan dalam kesusahan tidak pernah pudar di jiwa saya.

"Apabila saya kembali aktif dalam aktiviti kesukarelawanan termasuk ketika pandemik Covid-19 membuatkan saya tidak begitu fokus kepada penyakit ini dan alhamdulillah... penyakit saya semakin pulih secara berperingkat.

"Kini saya hanya menjalani pemeriksaan kesihatan enam bulan sekali dan doktor mengesahkan keadaan saya beransur baik," katanya ketika ditemeui, hari ini.

Shahriah berkata, kini hampir setiap minggu, dia tidak ketinggalan untuk melawat individu yang diuji dengan penyakit menerusi Skuad Home Care Nursing Treatment Yayasan Pasir Gudang.

Dia yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang berkata, setiap detik yang diluangkan bersama pesakit amat bermakna bagi dirinya.

Menurutnya, demi memberi semangat kepada pesakit berkenaan termasuk pesakit strok, kanser, kencing manis dan pesakit terlantar, dia juga berkongsi cabaran pernah dilalui selepas diuji dengan penyakit.

"Bukan wang ringgit yang mereka mahu sebaliknya hanya keprihatinan dan kasih sayang. Kehadiran kami membuatkan mereka berasa lega dan lebih ceria," katanya.

Shahriah juga merangkap Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Gabungan NGO Wanita Pasir Gudang berkata, buat masa ini Skuad Home Care Nursing Treatment Yayasan Pasir Gudang memiliki kira-kira 10 sukarelawan manakala sehingga kini seramai 100 pesakit berusia antara 18 hingga 59 tahun yang didaftarkan dalam senarai.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan Skuad Home Care Nursing Treatment Yayasan Pasir Gudang boleh menghubungi talian 012-7179714.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-kanser-dialaminya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.050738 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list