View: 439|Reply: 0
|
[Johor]
Wanita pembuli jalan raya ditahan
[Copy link]
|
|
TANGKAP layar video tular sebuah Toyota Fortuner dipandu secara merbahaya di Jalan Tebrau semalam.
Johor Bahru: Seorang pemandu wanita ditahan polis kerana dipercayai bersikap 'road bully' atau membuli di jalan raya selepas memandu secara berbahaya di Jalan Tebrau, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, wanita berusia 40 tahun itu ditahan di sekitar bandar raya ini, pada 8.33 malam, semalam.
Bagaimanapun katanya, ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek negatif daripada sebarang penyalahgunaan dadah atau pengaruh alkohol.
"Semalam, pihak polis mengesan satu rakaman video tular memaparkan sebuah kenderaan jenis Toyota Fortuner yang dipandu secara merbahaya bukan sahaja kepada pihaknya sendiri tetapi juga pemandu jalan raya lain.
"Siasatan dibuat mendapati suspek bertindak sengaja memberhentikan kenderaan secara mengejut, menyebabkan sebuah kenderaan Perodua Axia di belakangnya turut berhenti secara mengejut sehingga hampir dirempuh sebuah treler," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Raub berkata, pihaknya turut menyita Toyota Fortuner dipandu suspek dalam kejadian itu.
"Setelah kenyataan diambil, suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu hasil siasatannya dilengkapkan.
"Pihak polis mengingatkan orang awam khususnya pengguna jalan raya untuk sentiasa bertolak ansur dan bertimbang rasa untuk mengelak daripada berlakunya sebarang insiden tidak diingini," katanya.
Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Menerusi empat video tular, masing-masing berdurasi 43 saat, 38 saat, 37 saat dan 37 saat dimuat naik di Facebook, memaparkan tindakan pemandu Toyota Fortuner berwarna putih melakukan provokasi di atas jalan raya terhadap pengguna jalan raya lain.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -jalan-raya-ditahan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|