CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 375|Reply: 0

[Johor] Bergaduh di KSAB, polis trafik cuba pertahan diri

[Copy link]
Post time 18-10-2022 11:29 AM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar daripada video tular di TikTok menunjukkan keadaan dipercayai di lokasi kejadian.

Iskandar Puteri: Anggota polis trafik yang didakwa bergaduh dan kemudian dikatakan memukul pemandu treler dalam kejadian di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di sini, dipercayai hanya mahu mempertahankan diri.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, anggota polis trafik itu sudah tampil membuat laporan polis selepas insiden berkenaan.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika anggota polis trafik sedang menjalankan tugas pemantauan lalu lintas di KSAB sebelum mendapati treler dipandu seorang lelaki berada di lorong kanan yang sepatutnya dikhaskan untuk kenderaan ringan sahaja.


"Pemandu treler itu enggan memberi kerjasama ketika pemeriksaan dilakukan, malah dia juga mengeluarkan kata-kata kesat, lalu bertindak membuka pintu dan terus menumbuk muka anggota trafik sebanyak dua kali sebelum menendang motosikalnya.

"Berlaku sedikit pergelutan antara mereka dan anggota trafik berkenaan cuba mempertahankan dirinya daripada pemandu terbabit," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Terdahulu, Rahmat berkata, pada jam 10.20 pagi semalam, pihaknya mendapati terdapat satu video berdurasi 50 saat dimuat naik seorang pengguna Tik Tok di aplikasi itu memaparkan seorang pemandu treler yang mendakwa dipukul seorang anggota polis trafik.

Katanya, susulan penularan video itu, pihaknya membuat semakan dan mendapati anggota polis trafik berkenaan ada membuat laporan polis, sebelum pihaknya bertindak menahan pemandu treler terbabit.

"Satu kertas siasatan sudah dibuka di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan pemandu treler berkenaan sudah ditahan, manakala kita akan mendapatkan perintah tahanan reman ke atasnya pada hari ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -cuba-pertahan-diri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 1.323983 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list