CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 592|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Kastam bongkar sindiket sorok dadah dalam ruang rahsia meja

[Copy link]
Post time 20-10-2022 03:05 PM | Show all posts |Read mode
Abdul Halim (tiga dari kanan) menunjukkan perabot yang digunakan untuk menyorok dadah. FOTO AZRUL EDHAM

Seremban: Sindiket pengedaran dadah antarabangsa dikesan menggunakan taktik baru untuk mengeksport bahan terlarang itu dengan menyorok ketulan mampat ketamin di dalam ruangan rahsia pada meja.

Modus operandi yang pertama kali dikesan anggota Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu terbongkar berikutan penemuan 124.75 kilogram ketamin dianggarkan bernilai hampir RM7 juta di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 13 Oktober lalu.


Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Abdul Halim Ramli yang Menjalankan Tugas-
Tugas (MTT) Ketua Pengarah Kastam Malaysia berkata, sebelum itu pihaknya menjalankan pemeriksaan ke atas dagangan yang diikrarkan sebagai 'Table End Table' seberat 366 kilogram.


"Pemeriksaan mendapati tiga perabot dibalut rapi dan selepas balutan dibuka, didapati terdapat dua meja besi dan satu meja minum kayu di dalamnya.

"Hasil pemeriksaan lanjut dengan mengumpil bahagian atas meja mendapati wujud bahan berwarna putih di bawah jubin meja sebelum menemui kristal jernih pada sisi kanan meja berkenaan," katanya pada sidang media di Cawangan Narkotik Kastam di Kampung Jijan, Nilai, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas semua perabot mendapati ia mengandungi bahan disyaki dadah jenis ketamin dengan anggaran berat kasar keseluruhan 124.75 kg bernilai kira-kira RM6.8 juta.

"Siasatan awal mendapati dagangan dibawa dari sebuah kawasan perindustrian di Selangor ke Johor Bharu sebelum dibawa ke gudang ejen penghantaran kargo udara di KLIA.

"Modus operandi digunakan adalah dengan menyembunyikan dadah di ruangan rahsia pada perabot dan cuba mengaburi pihak berkuasa dengan mengalihkan barang dagangan dari lokasi ke lokasi lain sebelum dieksport," katanya.

Katanya, pihaknya percaya sindiket itu didalangi warga asing dengan bantuan warga Malaysia susulan penahanan dua lelaki tempatan berusia 30 dan 40 tahun di lokasi sama ketika pemeriksaan meja berkenaan dilakukan.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan tidak menolak kemungkinan lebih ramai suspek akan ditahan. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Abdul Halim berkata, pihaknya merampas dadah jenis methaphetamin dengan anggaran berat 3.75 kg bernilai RM135,000 pada 12 Oktober lalu.

Menurutnya, pihaknya menyita bungkusan antarabangsa mengandungi dua jubah mandi yang cuba dihantar ke sebuah negara Asia Pasifik di hab kargo ejen penghantaran di KLIA, kira-kira jam 1.30 pagi.

"Jubah berkenaan dipercayai direndam dengan cecair yang dilarutkan methaphetamin sebelum dikeringkan. Suspek juga memalsukan alamat pengirim untuk mengelak daripada dikesan pihak berkuasa," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... m-ruang-rahsia-meja

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.092636 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list