CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 467|Reply: 0

[Johor] Nafi jual semula telur tercemar

[Copy link]
Post time 20-10-2022 04:40 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Johor Bahru: Kerajaan Johor menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya telur ayam tercemar mengandungi bakteria yang ditolak Singapura, dijual semula di pasaran negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon, berkata jika benar telur ayam itu disahkan tercemar di Singapura, ia tidak akan dipulangkan ke negara ini, sebaliknya akan dilupuskan di republik itu.

Malah katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) belum menerima aduan daripada orang awam atau pun Jabatan Veterinar Negeri Johor (JVNJ) mengenai telur ayam tercemar dijual di pasaran negeri ini ketika ini.


"Tahap keselamatan di Singapura adalah lebih ketat berbanding di Malaysia. Saya nak maklumkan, sekiranya mengikut laporan daripada Singapura mungkin ada aduan telur kita tercemar, barang-barang itu tak dipulangkan kepada Malaysia.

"Orang ramai beranggapan telur tercemar itu akan dipulangkan kepada Malaysia untuk dijual di pasaran tempatan terutama negeri ini, itu tidak benar sama sekali bahkan telur itu ia akan terus dilupuskan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada sidang media selepas merasmikan Pertandingan Koir Kebangsaan di Auditorium RTM Johor, di sini, hari ini.

Sabtu lalu, Agensi Makanan Singapura (SFA) dilaporkan mengarahkan telur yang diimport dari sebuah ladang di Malaysia ditarik balik selepas mengesan Salmonella Enteritidis (SE) dalam produk terbabit.

Memetik laporan CNA, telur berkenaan dibekalkan Teo Seng Layer Farm 1 dengan dikenal pasti melalui kod "CEJ027" yang tertera pada kulitnya.

Baru-baru ini, tular di media sosial yang mengingatkan orang awam untuk berhati-hati sekiranya lambakan bekalan telur di pasaran di Johor Bahru.

Orang ramai turut diingatkan untuk tidak membeli telur rosak dari Singapura yang dicemari bakteria SE.

Dalam pada itu, Tian Soon berkata, JVNJ akan mengambil langkah proaktif dengan lebih kerap membuat pemeriksaan susulan laporan telur tercemar berkenaan.

Katanya, JKNJ belum menerima sebarang aduan daripada orang awam atau pun daripada JVNJ.

"Bagi pemeriksaan tahap keselamatan makanan, JVNJ akan membuat pemeriksaan secara berkala yang kerap di setiap reban yang membuat ternakan ayam dan telur ayam.

"JVNJ akan mengambil sampel daripada reban tersebut untuk membuat pemeriksaan mengikut piawaian tersendiri dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk lebih kerap mengambil sampel dengan lebih banyak untuk membuat pemeriksaan supaya produk terbabit memenuhi syarat keselamatan makanan negara," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mula-telur-tercemar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.263632 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list