CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 336|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kasthuri Patto umum tidak bertanding pada PRU15

[Copy link]
Post time 20-10-2022 05:16 PM | Show all posts |Read mode
Kasthuri Patto umum tidak bertanding pada PRU15

oleh  MOHD ISKANDAR OTHMAN 20 Oktober 2022   01:25pm






Kasthuri Patto




GEORGETOWN - Kasthuri Patto mengumumkan tidak akan bertanding dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) pada November depan.

Ahli politik DAP menafikan khabar angin kononnya namanya digugurkan daripada mempertahankan kerusi Parlimen Batu Kawan sebaliknya menyifatkan keputusan itu dibuat atas kerelaan hatinya sendiri.

"Ini keputusan paling sukar yang perlu saya buat dalam hidup saya namun saya memilih untuk berundur secara terhormat.

"Pengunduran saya ini akan memberi laluan kepada pemimpin masa depan dalam DAP dan Malaysia. Saya akan selamanya terhutang budi kepada parti kerana memberi saya peluang untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara selama dua penggal sebagai Ahli Parlimen Batu Kawan," katanya pada sidang akhbar di Pejabat DAP, di sini pada Khamis.

Penyandang kerusi Parlimen Batu Kawan selama dua penggal itu berkata, kepimpinan parti ada cuba memujuk beliau untuk mempertimbangkan semula keputusan berkenaan namun telah berfikir panjang dan tetap dengan pendiriannya.

Jelasnya, beliau akan kekal berada dalam parti dan berhasrat meneruskan usaha serta tugasnya dalam isu hak asasi manusia antaranya berhubung pemansuhan hukuman mati, menjenayahkan perkahwinan kanak-kanak, keterangkuman jantina, kebebasan sivil dan keadilan sosial untuk semua.

Ketika ini beliau merupakan Timbalan Setiausaha DAP dalam Hal ehwal Antarabangsa selain merupakan ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) untuk Hubungan Antarabangsa selain terpilih sebagai Presiden Ahli Parlimen untuk Tindakan Global (PGA) pada Disember lalu.

Kasthuri mula menjadi ahli Parlimen pada 2013 selepas memenangi kerusi Batu Kawan dengan majoriti 25,962 undi.




Beliau seterusnya mengekalkan kawasan itu dengan majoriti lebih tinggi iaitu 33,553 undi pada PRU 2018.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 10:02 PM GMT+8 , Processed in 1.399521 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list