CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 460|Reply: 0

[Johor] PRU-15: 30 lelaki dikenal pasti insiden provokasi program Muda

[Copy link]
Post time 23-10-2022 12:15 PM | Show all posts |Read mode

MAJLIS Malam Mesra Muo dan pelancaran jentera PRU-15) Muda diganggu insiden provokasi.

Muar: Kira-kira 30 individu dikenal pasti terbabit provokasi pada program Malam Mesra Muo dan Pelancaran Jentera Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) di sini, 9.35 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kekecohan dipercayai bermula apabila tetamu di dalam dewan keluar dan bersemuka dengan kumpulan di luar.

"Lebih kurang 30 orang yang memakai pelitup muka mula menjerit dan terdapat insiden membaling botol dan dan mercun.


"Polis Daerah Muar akan menjalankan siasatan di bawah mana-mana undang- undang yang berkuatkuasa termasuk di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 terhadap insiden tersebut.

"Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan maklumat yang tidak berasas melalui mana-mana platform komunikasi dan media sosial," katanya menerusi kenyataan.

Sementara itu, Presiden MUDA yang juga penyandang Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, insiden itu tidak akan melemahkan semangatnya dan ahli parti berkenaan.

"Ini kali kedua di mana ada yang cuba mencetuskan provokasi, cuma kali ini saya rasa mereka lebih berani, buang mercun, baling barang, lepas itu pandu laju.

"Saya ucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana cepat bertindak, tetapi mesej saya pada anak-anak muda ini yang ingin mencetuskan provokasi di luar, ini adalah negara kita bersama, saya adakan majlis malam ini pun bukan untuk pecahbelahkan rakyat.

"Saya bentangkan rekod pencapaian Muar sebagai daerah yang maju dan Malaysia sebagai negara maju.

"Kerana kami lebih kuat kami ditekan diugut, lebih kuat kami lawan, kami lawan bukan untuk menjatuhkan kamu, tetapi lawan untuk bina rakyat, sebab itu walau apa pun kalian lakukan kepada kami, fokus kami adalah sama, iaitu untuk bangunkan Muar dan bela rakyat," katanya.

"Saya rasa pihak polis cepat bertindak, sebab minggu lepas sudah ada dan kita pun sudah hantar video yang jelas ada gambar muka mereka, sudah buat laporan polis. Saya harap ada tindakan susulan, tangkapan bukan kerana saya tetapi di sini ada banyak pakcik makcik ada veteran veteran. Janganlah sampai melibatkan mereka.

"Kita ada kereta rosak kena kemek, ini bukan jenaka , bukan perkara kecil. Di Muar ini kita mahu situasi aman damai, berkempen secara sihat sebab itu komitmen saya.... Kita nak bangunkan Malaysia sebagai negara maju dan hormat menghormati sangat penting sekali.

"Saya ada banyak kawan dalam UMNO PAS dan dalam semua partilah, walaupun kita berbeza pendapat dalam soal dasar dan prinsip tetapi kita cintakan negara ini dan kita cintakan keamanan dalam negara ini," katanya.

Majlis Malam Mesra Muo dan pelancaran jentera Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) di Jalan Bakri di sini, diganggu insiden provokasi kira-kira 20 lelaki, 9.40 malam tadi.

Ketua Penerangan MUDA Muar, Muhammad Amir Fiqri Mustapha, berkata, kumpulan berkenaan turut mengeluarkan kata-kata kesat, tolak menolak, melemparkan mercun dan merosakkan sebuah kereta penyokong MUDA di perkarangan tempat letak kenderaan sebuah dewan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... vokasi-program-muda

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.281775 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list